Susu antara makanan terbaik tingkatkan daya tahan terhadap influenza
Susu adalah antara makanan berkhasiat terbaik yang boleh diberikan kepada kanak-kanak bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan mereka terhadap serangan influenza.
Gambar hiasan (Gambar: Pixabay/Couleur)
KUALA LUMPUR: Susu adalah antara makanan berkhasiat terbaik yang boleh diberikan kepada kanak-kanak bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan mereka terhadap serangan influenza.
Pakar Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kuala Lumpur Dr Zarin Ikmal Zan Mohd Zain berkata kanak-kanak terutamanya yang berumur lima tahun ke bawah antara golongan paling mudah dijangkiti virus itu dan menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan makanan yang mengandungi khasiat lengkap kepada mereka.
"Kita gusar dengan kes influenza yang masih menunjukkan peningkatan saban hari, penyakit sebaran virus itu boleh berjangkit, oleh itu ibu bapa disaran memberi mereka susu setiap hari dan mengelak mereka daripada mengambil makanan tidak baik untuk kesihatan.
“Tidak sukar sebenarnya untuk menjaga pemakanan mereka kerana di Malaysia kita mudah mendapatkan semua jenis makanan nutrisi lengkap antaranya karbohidrat, protein dan lemak," katanya kepada Bernama ketika majlis pelancaran kempen ‘Similac Millions of Moms’ di Kuala Lumpur pada Khamis (16 Jan).
Sementara itu, Pengarah Perubatan Nutrisi Abbott, Dr Nina Mazera Mohd Said menjelaskan dengan 70 peratus sistem pertahanan badan berada dalam usus, sangat penting bahawa kanak-kanak mendapat nutrien penting untuk meningkatkan kesihatan usus.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.