Skip to main content

Gaya Hidup

SuperPark Singapore dibuka semula pada 25 Mei dengan 13 aktiviti baharu & kafe

Anggaran Waktu Membaca:
SuperPark Singapore dibuka semula pada 25 Mei dengan 13 aktiviti baharu & kafe

SuperPark Singapore menawarkan lebih 30 aktiviti untuk semua peringkat usia. (Foto: Facebook/SuperPark Singapore)

Diterbitkan : 20 May 2025 11:19PM Dikemas Kini : 20 May 2025 11:20PM
SINGAPURA: SuperPark Singapore dibuka semula pada 25 Mei, dengan 13 aktiviti baharu dan sebuah kafe.

Para pengunjung boleh menikmati diskaun awal sebagai sebahagian daripada sambutan sempena pembukaan semula kemudahan itu.
Selepas menjalani rombakan selama sebulan, taman aktiviti tertutup yang popular itu mengumumkan pembukaannya di Instagram. Taman itu kini akan mempunyai lebih 30 aktiviti termasuk 13 aktiviti baharu, serta kafe baharu, SuperRecharge, untuk para pengunjung dan tetamu menjamu selera.

Taman itu turut dilengkapi dengan Kawasan Pengembaraan dengan tembok halangan, trampolin, menara permainan dan perlumbaan kereta kayuh. Para pengunjung juga boleh menikmati Arena Permainan yang menawarkan sukan seperti besbol dan bola keranjang.

Para anggota SuperPark akan menikmati pratonton eksklusif taman itu pada 22 dan 23 Mei sebelum ia dibuka kepada orang ramai, dengan para anggota diberikan potongan harga, bergantung kepada peringkat keahlian mereka.

Terdapat juga promosi awal untuk menggalakkan para pengunjung mendapatkan tiket mereka lebih awal.

SuperPark ialah taman aktiviti tertutup terbesar di Singapura, yang mula dibuka pada 2018.

Ia menampilkan pelbagai aktiviti mendebarkan, termasuk gelongsor, 'zipwire' dan laluan berhalangan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita