Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sumber semula jadi ini boleh legakan batuk

Anggaran Waktu Membaca:
Sumber semula jadi ini boleh legakan batuk

(Gambar: Towfiqu Barbhuiya/Unsplash)

KUALA LUMPUR: Sejak kebelakangan ini, cuaca panas terik sangat sehinggakan setiap saat kita perlukan air sejuk untuk menghilangkan dahaga. 

Bila sudah selalu minum air ais sahaja, ditambah pula dengan keadaan persekitaran yang tidak menentu - cuaca di luar panas, manakala pejabat sejuk dengan alat penghawa dingin - menyebabkan suhu badan kita juga tidak menentu dan senang dijangkiti sakit tekak dan batuk, menurut portal Keluarga. 

Jika anda mengalami masalah batuk berlarutan, apa kata, anda cuba salah satu daripada sembilan sumber alam semula jadi ini yang baik untuk menghilangkan batuk? 

Demikian menurut perkongsian Dr Suri Roowi di laman Facebooknya, yang dipetik portal Keluarga. 

SUMBER ALAM YANG BANTU ATASI MASALAH BATUK

1. MINUM AIR SERBUK HALIA
Apabila halia dikeringkan dan dikisar untuk menjadi serbuk, bahan khasiat (gingerol) akan bertukar kepada shogaol. 

Shagoal ini dua kali lebih pedas berbanding gingerol dan boleh bertingak sebagai ubat batuk. 

2. MAKAN NANAS 
Nanas mengandungi enzim bromelain dan ia bantu mencairkan kahak, serta mengurangkan batuk. 

3. MINUM MADU ASLI
Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. 

Terdapat kajian yang menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan. 

4. MINUM AIR YOGURT ATAU MADU KELULUT
Laktobasilus merupakan bakteria baik yang boleh memantu sistem penghadaman dan masalah batuk. 

Yogurt dan madu kelulut didapati mengandungi jumlah laktobasilus yang tinggi. 

5. MINUM AIR LIMAU NIPIS BERSAMA MADU
Limau nipis membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. 

Kulit limau nipis ini mempunyai jumlah bahan berkhasiat (neohesperidin) yang lebih tinggi berbanding air jus. 

Anda boleh mencuba dengan menambahkan madu asli kepada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. 

Limau nipis ini lebih berkesan berbanding limau kasturi dalam mengatasi masalah batuk. 

6. HIDU BAWANG MERAH
Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati dan boleh bantu mengurangkan batuk. 

Anda boleh cuba memotong dan menghidu bau bawang tersebut. 

7. MINYUM AIR KUNYIT
Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga boleh membantu mengurangkan batuk, terutamanya jenis batuk tanpa kahak. 

Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu, tambah air dan minum campuran itu. 

8. MINUM AIR KAYU MANIS
Rendam satu atau dua batang kayu manis dalam segelas air panas. Kemudian, minum sedikit-sedikit. 

Kayu manis ini juga boleh membantu masalah kencing manis. 

9. KUMUR-KUMUR DENGAN AIR GARAM 
Anda boleh melarutkan sesudu garam dan secawan air suam. 

Ha, tunggu apa lagi? Jika anda atau orang tersayang di sekeliling anda sedang mengalami masalah batuk ini, mungkin anda boleh cuba salah satu cara yang tertera di atas... 

Namun, sekiranya batuknya berlarutan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dari doktor. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan