Sukar rasa gembira? Anda mungkin mengalami 'Anhedonia'
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Try Sutrisno Foo
NEW YORK: Pada Rabu (5 Nov), Michela menyambut ulang tahunnya yang ke-49. Beliau berfikir untuk memaksa dirinya meraikan hari itu, tetapi apabila dua orang rakan menjemputnya keluar, Cik Michela menolak.
Pertama, beliau perlu meluangkan masa untuk bersiap. Kemudian, perlu berbual, berpura-pura bersemangat dan menghargai detik itu.
"Itu semua memerlukan banyak tenaga dan saya memang tiada tenaga langsung," katanya.
Cik Michela bukan sekadar mengalami hari yang mencabar.
Selama bertahun-tahun, beliau menghadapi kesukaran untuk menikmati perkara-perkara dalam hidup yang biasanya membawa kegembiraan dan beliau juga tidak bersemangat untuk mengejar cita-citanya – satu pengalaman yang dikenali sebagai anhedonia.
Anhedonia bukanlah satu diagnosis, tetapi merupakan simptom biasa dalam penyakit mental. Ia adalah simptom yang senyap, bukan petanda yang jelas bahawa sesuatu tidak kena. Dan, bagi sesetengah orang, ini bermakna ia mungkin tidak dikesan, kata profesor pembantu klinikal psikiatri kanak-kanak dan remaja di NYU Grossman School of Medicine, Dr Judith F. Joseph.
"Ia tidak dianggap sebagai satu krisis, tetapi dari satu sudut lain, ia memang krisis juga. Ia adalah krisis berkaitan erti kehidupan," kata Dr Joseph.
Walaupun ramai orang tidak biasa mendengar tentang "anhedonia", mereka sepatutnya tahu mengenainya, tambah beliau.
Ia adalah salah satu penanda utama gangguan kemurungan, yang dialami Cik Michela, dan ia juga berkaitan dengan penyakit lain seperti skizofrenia, gangguan akibat penggunaan bahan, serta gangguan tekanan pasca trauma (PTSD).
APA ITU ANHEDONIA?
Anhedonia telah lama dikenali sebagai keupayaan yang berkurangan untuk merasai keseronokan, tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pakar kesihatan mental juga mengaitkannya dengan kurangnya motivasi untuk mencari kegembiraan.
Makanan yang dahulunya rasa enak kini mungkin membosankan. Muzium yang dahulu membangkitkan rasa kagum kini langsung tidak menarik. Malah untuk bangun dari katil pun boleh terasa seperti beban bagi seseorang yang mengalami anhedonia dan mereka mungkin mula menjauhkan diri daripada orang penting dalam hidup mereka.
"Saya rasa tak kena" atau "Saya tak rasa seperti diri saya sendiri" adalah ungkapan biasa, kata Dr Joseph.
Seseorang dengan anhedonia juga mungkin menggambarkan perasaan kaku atau kosong.
Ini mungkin kedengaran seperti kemurungan, tetapi anhedonia boleh berlaku tanpa diagnosis gangguan kemurungan utama, yang memerlukan seseorang menunjukkan sekurang-kurangnya lima simptom yang menyebabkan tekanan atau kesukaran untuk berfungsi.
Anhedonia boleh berbeza dari seorang ke seorang. Ada yang merasai kurang kegembiraan daripada biasa, manakala yang lain langsung tidak merasai kegembiraan.
Mengalami anhedonia untuk seketika mungkin dianggap normal, tetapi jika berlanjutan selama beberapa hari atau minggu, itu boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius.
Dan jika tidak ditangani, ada banyak kesannya.
Anhedonia boleh menjejaskan mood, tidur dan selera makan.
Ia juga dikaitkan dengan kesukaran mengurus kehidupan dan hubungan sosial, kesan yang lebih buruk terhadap rawatan kesihatan mental, serta peningkatan risiko bunuh diri.
MENGAPA ORANG MENGALAMI ANHEDONIA?
Para saintis masih berusaha untuk memahami punca sebenar anhedonia.
Penyelidikan menunjukkan ia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh perubahan dalam aktiviti neurotransmitter tertentu – iaitu bahan kimia penghantar isyarat dalam otak.
Dopamin, misalnya, adalah neurotransmitter yang dikaitkan dengan keinginan dan motivasi untuk mendapatkan sesuatu.
Penyelidikan lain pula mengkaji sama ada ia terkait genetik – ada bukti yang menunjukkan kemungkinan kaitan dalam keluarga. Terdapat juga bukti bahawa tekanan hidup yang kronik dan tidak terkawal, seperti kemiskinan atau diskriminasi, boleh menyebabkan anhedonia.
Selain itu, perencat serotonin terpilih (SSRI), yang sering digunakan untuk merawat kemurungan dan penyakit psikiatri lain, juga diketahui boleh menyebabkan kekosongan emosi – perasaan yang mungkin menyerupai anhedonia.
BAGAIMANA ANHEDONIA DIRAWAT?
Tiada ubat yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat untuk merawat anhedonia.
Tetapi jika seseorang mempunyai gangguan asas seperti kemurungan, mendapatkan rawatan untuk menanganinya boleh membantu mengurangkan simptom anhedonia. Tidur yang cukup dan senaman berkala juga sangat penting.
Dr Joseph menggesa sesiapa yang merasakan mereka mungkin mengalami anhedonia supaya berbincang dengan pakar kesihatan mental.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.