Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sudah ada 97 isteri tetapi lelaki berusia 92 ini "masih mahu nikah lagi"

Isterinya 97 orang. Namun Encik Mohammed Bello Abubakar berkata beliau masih sihat dan belum puas berpoligami.

Anggaran Waktu Membaca:
Sudah ada 97 isteri tetapi lelaki berusia 92 ini "masih mahu nikah lagi"

Mohammed Bello punyai 97 isteri. (Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 20 Oct 2016 10:04PM Dikemas Kini : 20 Oct 2016 10:08PM

NIGERIA: Isterinya 97 orang. Namun Encik Mohammed Bello Abubakar, pelaku poligami yang terkenal di Bida, Nigeria berkata beliau masih sihat dan belum puas berpoligami meskipun pernah menikahi lebih seratus wanita sepanjang hidupnya.

Beliau, yang berusia 92 tahun, pernah menikahi 107 wanita dan bercerai sebanyak 10 kali dan kini mempunyai 97 isteri, lapor laman Independent seperti yang ditukil Merdeka.com.

DAKWA KONONNYA INI "PERINTAH TUHAN"

Baru-baru ini, Encik Mohammed Bello menyangkal desas-desus yang mengatakan beliau sudah meninggal dunia. Malah beliau menyifatkan perbuatannya yang kontroversil itu sebagai "kehendak Tuhan".

"Saya tidak berasa lebih hidup seperti yang saya rasakan sekarang," kata beliau kepada Independent (18 Okt).

Encik Mohammed Bello hidup lebih lama daripada 185 anaknya dan memberitahu wartawan bahawa berita kematiannya disebarkan oleh golongan yang mengkritik gaya hidupnya itu.

Sebelum ini, terdapat laporan media bahawa beliau sudah meninggal dunia akibat sakit.

"Apa yang saya lakukan adalah kehendak Tuhan dan saya akan meneruskannya sehingga akhir hayat," tambah beliau.

INGIN NIKAH LAGI 2 WANITA

Encik Mohammed Bello menjadi terkenal di dunia pada bulan Ogos 2008, semasa beliau mempunyai 86 isteri dan memberitahu bahawa media: "Tuhan yang menyuruh saya melakukannya.".

Agama Islam hanya membenarkan seorang lelaki menikahi seramai empat orang isteri, bagi mereka yang mampu bersikap adil.

Tetapi, Encik Mohammed Bello mempunyai tafsiran tersendiri tentang poligami.

Beliau mendakwa, Al Quran tidak memberikan batas terhadap apapun yang ingin dilakukan selama orang tersebut masih punya kekuatan dan kemampuan.

"Saya hanya mempunyai 97 isteri dan saya masih akan bernikah selagi saya masih hidup. Mungkin saya akan bernikah dengan dua lagi wanita," kata beliau.

"Saya hanya ingin menyarankan orang-orang yang menentang jalan hidup saya supaya berhenti kerana apa yang saya lakukan sekarang adalah perintah Tuhan. Jika mereka tidak berhenti, sama saja mereka berperang melawan Pencipta," tegas Encik Mohammed Bello.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan