Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Subway gabung cita rasa India, Melayu dalam menu baru

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebagai tanda penghormatan kepada dua hidangan India dan Melayu yang digemari ramai, Subway Singapura memperkenalkan sandwic 'sub Ayam Tandoori' dan biskut berperisa Bandung. 

Ia adalah gabungan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran anda sehingga anda mencubanya - rasa Ayam Tandoori yang berempah dan berperisa bergabung dengan kemanisan biskut Bandung.

Kedua-dua produk baru itu akan ditawarkan di  restoran Subway tertentu di merata Singapura mulai 31 Mac hingga 30 Mei 2023. 

SUB AYAM TANDOORI

Walaupun ayam tandoori biasanya dihidangkan dengan tulang-tulang ayam sekali, sandwic 'sub Ayam Tandoori' menampilkan potongan ayam yang disalut dalam perasa beraroma. Paling sesuai digandingkan dengan salada, timun dan bawang merah untuk rasa yang rangup, anda juga boleh mencuba menambah sayur-sayuran dan sos pilihan anda sendiri, menurut kenyataan media Subway Singapura yang dikeluarkan pada Jumaat (31 Mac). 

Ayam Tandoori berasal dari Punjab, India dan menjadi terkenal pada tahun 1940-an. Diperap dalam yogurt dan campuran rempah termasuk lada, serbuk cili merah, bawang putih, halia, bawang merah dan garam masala, hidangan yang lazat mendapatkan namanya daripada ketuhar silinder yang diperbuat dari tanah liat di mana ia dimasak. 

Ia adalah hidangan yang terkenal bukan sahaja di Singapura, tetapi juga di Asia Selatan dan Timur Tengah. 

RASA ROS

(Gambar: Subway Singapore)

Sempena musim Hari Raya, Subway Singapura menonjolkan air yang digemari ramai penduduk setempat dalam versi biskut Bandung. 

Sama seperti minuman kegemaran semua, rasakan kemanisan sirap ros bersertakan susu pekat apabila anda menikmati biskut itu. 

Bandung iaitu perisa khusus kepada Singapura, dihidangkan sejak abad ke-20, khususnya sewaktu iftar dan majlis perkahwinan. 

Tidak sah kalau ia tiada di dapur rumah atau restoran! 

"Di Subway, kami menyedari rakyat Singapura sangat menggemari perisa-perisa setempat dan bertujuan untuk membawa keceriaan menerusi inovasi menu kami," kata Pengarah Negara Subway bagi Asia Tenggara, Encik Samad Mohd Shariff. 

Tambahnya, kali ini, dengan pelancaran sandwic 'Ayam Tandoori sub' dan biskut Bandung, Subway Singapura ingin membawa pelanggan rasa perisa-perisa daripada kedua-dua budaya India dan Melayu. 

"Kami harap peminat kami akan terus menikmati pilihan makanan yang lazat lagi sedap daripada Subway sedang kami terus menampilkan pengalaman yang menarik kepada mereka." 

Harga sandwic Ayam Tandoori bermula pada S$8.50 bagi 6 inci, manakala S$14 bagi 12 inci.

Biskut Bandung pula bermula pada S$1.70. 

Kedua-dua tambahan kepada menu Subway Singapura akan dijual di restoran Subway Singapura tertentu dan di platform penghantaran GrabFood, FoodPanda dan Deliveroo mulai 31 Mac 2023. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan