Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Suami beri teka-teki cuba tenangkan pasangan yang sakit bersalin; ini jawapan si isteri...

Anggaran Waktu Membaca:
 Suami beri teka-teki cuba tenangkan pasangan yang sakit bersalin; ini jawapan si isteri...

Gambar: Tangkap layar Tiktok/@hairihussain

KUALA LUMPUR: Tidak dapat dinafikan, pengalaman bersalin antara keadaan yang sangat sukar untuk dilupakan bagi setiap ibu di luar sana bukan? Ada yang bersalin dalam kereta, ada yang bersalin terlebih awal daripada tempoh yang dijangkakan. Semestinya, keadaan sangat riuh-rendah dan mencemaskan pada ketika itu.

Selalunya kalau kami bertanyakan kepada ibu-ibu, mesti mereka akan berkata bahawa sakit sarat mengandung sebelum bersalin sebenarnya membuatkan ramai ibu ingat akan pengalaman masing-masing. Ada yang mengambil masa lama sebelum hilang rasa sakit, seperti dinukil daripada Lobak Merah.

Tidak kurang riuh-rendah pengalaman sepasang suami isteri berikut ini sewaktu detik melahirkan bayi mereka. Soalan teka teki yang diajukan oleh sang suami menerusi akaun TikTok @hairihussain ini berbunyi,

"Dalam banyak banyak nasi, nasi apa yang boleh bergerak? Nasi goreng pataya sebab dia ada empat tayar!"

Teka-teki itu ditanyakan kepada isterinya yang sedang mengalami 'contraction' atau sakit bersalin!

Tidak seperti suami lain yang memberikan kata-kata semangat, lelaki itu sebaliknya memberikan teka-teki sebagai cara untuk menenangkan isterinya, lapor Lobak Merah.

Dek kerana terlampau sakit, si isteri memberikan jawapan "Diam lah!" .

Perkongsian itu membuatkan ramai terhibur dengan keletah lelaki tersebut menenangkan isterinya. Memang cara yang belum pernah dibuat orang.

Bukan itu sahaja, ada juga yang bergurau dengan menyatakan mungkin anak mereka nanti akan mewarisi sifat kelakar ayahnya, lapor Lobak Merah.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan