Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Stayr tawar tempahan bilik hotel ikut jam bermula dari S$7/jam

Anggaran Waktu Membaca:
Stayr tawar tempahan bilik hotel ikut jam bermula dari S$7/jam

Dari kiri: Sofitel Singapore City Centre, Hotel Mono

SINGAPURA: Kini ada satu lagi wadah tempahan hotel lain daripada yang lain.

Jika anda seorang yang menyukai hal-hal yang spontan, anda boleh menimbangkan untuk menempah bilik hotel mengikut jam di wadah tempahan, Stayr.

Stayr mempromosikan dirinya sebagai "penyelamat jiwa" khusus buat individu yang keletihan dan hanya mahu memanjakan diri sendiri buat beberapa jam sahaja.

Sekarang ini terdapat lebih 50 hotel yang disediakan di wadah tersebut.

Anda boleh memilih daripada senarai hotel lima bintang seperti Sofitel Singapore City Centre, hotel butik yang sangat mesra Instagram termasuk Hotel Soloha serta Hotel Mono, malah juga hotel bajet atau yang berharga rendah.
KINN Capsule Hotel.
Kadar penginapan hotel bermula dari S$7 sejam bagi Hotel KINN Capsule seperti tertera dalam gambar di atas.

Hotel butik, Hotel G Singapore - yang menawarkan ruang lebih besar sedikit - pula berharga S$24 sejam manakala Sofitel Singapore City Centre (gambar utama, kanan) mengenakan bayaran S$35.50 untuk satu jam.

Anda perlu memenuhi jumlah jam minimum untuk membuat tempahan dan ia berbeza-beza mengikut hotel.

Pelanggan boleh membuat tempahan pada masa nyata unutk penginapan segera, sebagaimana mereka menempah khidmat kereta sewa privet atau penghantaran makanan.

Sebaik sahaja tempahan sudah diterima oleh pihak hotel, tetamu dibenarkan langsung mendaftar masuk ke bilik hotel yang ditempah.

RUANG KERJA BERSAMA JUGA TERSEDIA

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menempah untuk menggunakan ruang kerja di Stayr dengan kadar bermula dari S$2.40 sejam.

Wadah itu menyediakan lebih 30 pilihan ruang kerja di merata negara, dari kawasan pusat bandar (CBD) dan Buona Vista hinggalah ke West Coast serta Woodlands.

Mengikut undang-undang di Singapura, anda harus berusia sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menempah bilik hotel tetapi tiada had usia dikenakan sekiranya pengguna ingin menempah ruang kerja.

Menurut Stayr, sejauh ini, tempahan hotel mengikut jam adalah pilihan popular pengguna yang melanggani wadahnya.

Dapatkan diskaun S$5 untuk tempahan dalam bulan Jun dengan menggunakan kod promosi (JUNEHOLI5).

Layar laman ini untuk lebih banyak maklumat.
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan