Starbucks SG, Mofusand lancar edisi terhad koleksi bertema kucing mulai 13 Ogos
Anggaran Waktu Membaca:
Starbucks SG, Mofusand lancar edisi terhad koleksi bertema kucing mulai 13 Ogos (Gambar: Starbucks Singapore)
SINGAPURA: Pencinta kucing, bersedialah! Sesuatu yang comel bakal muncul di Starbucks Singapura.
Starbucks kini berkolaborasi dengan Mofusand, jenama Jepun yang menampilkan kucing-kucing comel ciptaan pelukis ilustrasi Jepun, Juno.
Koleksi Mofusand + Starbucks itu akan ditawarkan secara eksklusif di Singapura untuk masa terhad bermula 13 Ogos. Anda boleh mendapatkan 13 barangan unik yang mempamerkan kucing-kucing Mofusand itu.

Untuk meraikan kolaborasi unik itu, ahli Starbucks Rewards boleh menantikan siri tawaran eksklusif:
Set Klip Penyedut Minuman: Berharga S$6.90 dengan sebarang pembelian. Ditawarkan mulai 13 Ogos di cawangan dan online.
Set Klip Penyedut Minuman: Berharga S$6.90 dengan sebarang pembelian. Ditawarkan mulai 13 Ogos di cawangan dan online.
Pek Misteri Beg Sandang: Jika anda mencari beg sandang yang bergaya untuk urusan harian anda, dapatkan pek misteri beg sandang berharga S$14.90 dengan sebarang pembelian. Ini akan ditawarkan mulai 20 Ogos di cawangan dan online. Pek misteri itu hadir dalam tiga rekaan.
Pek Baucar dengan Pek Misteri Kantung Mini: Berharga S$29.90. Ini akan ditawarkan secara eksklusif mulai 6 Ogos di kedai online Starbucks. Pek misteri itu juga disertakan dengan set tujuh baucar bernilai S$68.
Bagi mereka yang ingin menyertai keseronokan dari keselesaan rumah, satu lagi hadiah menanti.
Dengan perbelanjaan minimum S$25, tidak termasuk yuran penghantaran, pelanggan akan menerima pek misteri sarung cawan Mofusand + Starbucks percuma. Promosi itu akan ditawarkan di semua platform penghantaran bermula 11 Ogos, sementara bekalan masih ada.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.