Starbucks, Pop Mart lancar minuman dan barangan eksklusif bertemakan Molly
Pop Mart dan Starbucks melancarkan minuman serta koleksi barangan bertemakan Molly sempena ulang tahun ke-20 watak tersebut. (Gambar: Starbucks)
Kerjasama tersebut dilancarkan sempena ulang tahun ke-20 watak popular Molly.
Antara yang ditawarkan ialah Strawberry & Cream Frappuccino Blended Beverage pada harga S$9.50.
Minuman itu mengandungi potongan strawberi yang dikisar bersama susu penuh krim dan dilengkapi krim putar berperisa strawberi serta hirisan strawberi kering beku.
Ia hanya ditawarkan dalam saiz Grande dan disajikan dalam cawan bertemakan Molly.
KOLEKSI BARANGAN EDISI TERHAD
Selain minuman, para peminat boleh mendapatkan koleksi barangan Molly edisi terhad.
Ia termasuk gelas keluli tahan karat, cawan dan payung lipat.
Pelanggan juga boleh mendapatkan satu set pelekat Molly secara percuma dengan pembelian minimum S$15, termasuk minuman Molly.
Minuman Strawberry & Cream Frappuccino Blended Beverage dan koleksi Molly mula ditawarkan pada Isnin (3 Ogos) di cawangan Starbucks dan secara online.
Koleksi Molly turut ditawarkan menerusi LazMall dan ShopeeMall.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.