Starbucks buka cawangan baharu di Chinatown; menu diilhamkan produk tempatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Starbucks Singapore/Charis Gan)
SINGAPURA: Starbucks bakal membuka cawangan baharu di Chinatown pada Isnin (7 Apr), yang terletak dalam sebuah rumah kedai dengan ruang runcit khusus.
Ia juga akan menampilkan barangan eksklusif dan menu yang diilhamkan oleh produk tempatan.
Kedai dua tingkat yang terletak di 37 Smith Street, menggabungkan budaya Chinatown dengan reka bentuk yang dipilih dengan teliti, yang menghormati kemahiran dan seni tempatan, menurut kenyataan media.

Para pelanggan juga boleh menikmati elemen reka bentuk dan perabot yang meraikan budaya Cina di kedai itu.
Ia termasuk papan tanda di pintu masuk yang ditulis dalam kaligrafi Cina tradisional dan diukir pada kayu oleh seniman di Yong Gallery; lukisan mural oleh artis Singapura, Tiffany Lovage; dan tempat duduk yang dilihamkan daripada susunan catur lama di kolong blok.

Cawangan itu juga akan menampilkan ruang runcit khusus Starbucks pertama di Singapura, dengan barangan eksklusif, termasuk siri kolaborasi dengan JunleFont oleh artis Singapura Lee Jun Le, yang didiagnos mengalami autisme pada usia tiga tahun.
Selain itu, terdapat produk gaya hidup yang direka oleh studio reka bentuk Singapura WhenIwasfour, yang mengambil inspirasi daripada tradisi tempatan, mercu tanda ikonik Singapura dan simbol budaya yang disayangi.

Cawangan Starbucks di Smith Street itu juga akan melancarkan siri barangan Tarian Singa, termasuk patung Bearista dan rantai kunci (keychain) Bearista, yang memakai baju tarian singa comel, serta Rantai Kunci Patung Bearista Samsui, sebagai penghormatan kepada wanita Samsui yang cukup ikonik.
Cawangan tersebut akan menawarkan menu eksklusif apabila ia dibuka pada Isnin (7 Apr).
Cawangan tersebut akan menawarkan menu eksklusif apabila ia dibuka pada Isnin (7 Apr).
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.