Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Spotify lancar 'Netflix Hub' pikat lebih ramai pengguna

Wadah penstriman muzik Spotify Technology menyatakan pada Selasa (23 Nov) bahawa ia memperkenalkan sebuah hab baru di mana para pengguna boleh mendengar kesemua muzik asal filem, senarai lagu dan audio siar atau 'podcast' berkaitan dengan rancangan-rancangan Netflix Inc.

Anggaran Waktu Membaca:
Spotify lancar 'Netflix Hub' pikat lebih ramai pengguna

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Nov 2021 09:38AM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 09:43AM

REUTERS: Wadah penstriman muzik Spotify Technology menyatakan pada Selasa (23 Nov) bahawa ia memperkenalkan sebuah hab baru di mana para pengguna boleh mendengar kesemua muzik asal filem, senarai lagu dan audio siar atau 'podcast' berkaitan dengan rancangan-rancangan Netflix Inc.

Diberi nama 'Netflix Hub', ciri baru itu mengandungi senarai lagu dari rancangan-rancangan Netflix yang popular seperti 'Money Heist' dan Bridgerton' serta muzik asal rancangan seperti "Squid Game". Ia boleh diakses oleh para pengguna Spotify akaun percuma dan premium.

Hab itu juga mengandungi audio siar dengan ikatan Netflix termasuk 'Okay, Netflix Is A Daily Joke' dan 'The Crown: The Official Podcast', menurut syarikat Sweden itu dalam satu catatan blog.

Spotify yang menyaksikan peningkatan pada jumlah pemegang akaun premium pada suku ketiga, meraih manfaat daripada tempias pandemik setelah lebih ramai orang menggunakan wadah muzik itu sebagai hiburan. Namun dengan persaingan yang meningkat dari Apple Music dan Amazon Music, Spotify merancang untuk memperkenalkan ciri-ciri baru bagi memikat lebih ramai pengguna.

Sebelum ini pada 2019, ia menjalin kerjasama dengan Disney untuk menghasilkan 'Disney Hub'.

Menurut Spotify, para pengguna dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Britain, Ireland dan India boleh mengakses hab itu.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan