Span cuci pinggan boleh jadi punca sakit perut, cirit-birit
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar: Pexel)
SINGAPURA: Tahukah anda span yang sering digunakan untuk membasuh pinggan, mangkuk, cawan, botol, periuk, sudu, garfu dan pelbagai lagi perkakas dapur boleh membahayakan diri jika ia tidak kerap digantikan dengan yang baharu.
Ramai antara kita yang mempunyai tanggapan bahawa span cuci pinggan selalunya bersih bebas kuman kerana ia diletakkan di dalam bekas yang mengandungi cecair sabun. Malangnya, anggapan sedemikian adalah kurang tepat.
Tahukah anda, benda yang paling kotor dalam rumah ialah span cuci pinggan?

Kajian mendapati bahawa span cuci pinggan adalah 200,000 kali kotor daripada tempat duduk tandas! Antaranya, ia didapati mengandungi kuman dan bakteria yang digelar campylobacter yang selalunya dihasilkan dari sisa ayam yang boleh mengakibatkan paralisis atau penyakit pada bahagian saraf.
Menurut satu lagi kajian, span yang diletakkan dan direndam di dalam bekas air sabun adalah lebih kotor dari tandas kita. Lantas, tidak hairanlah jika mereka yang mempunyai perut sensitif adakalanya mudah untuk sakit perut. Mereka tidak sedar sakit perut itu berpunca dari span cuci pinggan yang lama tidak digantikan dengan baharu.

Pernah tak anda mengalami sakit perut secara tiba-tiba. Tiada angin tiada rebut, seisi anggota keluarga dijangkiti cirit-birit. Lazimnya sebab pertama yang terlintas di fikiran anda pastinya makanan yang dimakan telah dicemari, rosak, tidak segar dan sebagainya.
Walaupun makanan yang sudah rosak turut menyumbang kepada punca sakit perut, apa yang tidak diketahui ramai, span cuci pinggan juga boleh menjadi antara sebab utama mengapa perut anda kerap sakit atau lebih memburukkan apabila anda sekeluarga mula cirit-birit.
Jika sakit perutnya keterlaluan dan tidak sembuh walaupun anda sudah makan ubat atau sapukan minyak pada perut, anda terpaksalah bertemu dengan doktor untuk diperiksa dan dapatkan ubat.

Sebab itu untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan kuman atau sakit perut secara mendadak, penting juga untuk memastikan span mencuci pinggan yang digunakan ditukar secara kerap. Tidak perlu tunggu sehingga span koyak atau menjadi tipis baru ingin digantikan dengan yang baharu.
Selalunya ramai di antara kita yang akan mengambil ringan tentang penjagaan span basuh pinggan yang ada di rumah. Mungkin ada juga yang simpan rasa sayang untuk menggantikannya dengan span baharu kerana rupanya masih elok lagi. Sebaik-baiknya anda harus menukar span anggaran dua hingga tiga kali sebulan.

Tahukah anda, terdapat berjuta bakteria dalam setiap sentimeter kebanyakan span basuh pinggan yang lama tidak digantikan. Menurut satu kajian dari Jerman, pakar saintis telah menemui rumah berjuta-juta mikro organisma bakteria berbahaya pada span yang kerap digunakan dan ini boleh menjadi antara sebab racun makanan.
Apa yang lebih menakutkan apabila span basuh pinggan di dapur dijadikan sebagai kegunaan berbilang fungsi. Contohnya, bukan sekadar membasuh pinggan sahaja tapi juga digunakan untuk membersihkan singki, permukaan dapur dan sebagainya.

ELAK BAKTERIA BERKUMPUL PADA SPAN CUCI PINGGAN
Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pengumpulan bakteria pada span yang kerap kita gunakan seharian. Pakar sains menyarankan span yang digunakan untuk mencuci pinggan secara kerap digantikan dengan yang baharu setiap minggu.
Selain itu usah rendam span cuci pinggan dalam bekas atau mangkuk yang berisi air sabun. Sebaliknya, setiap kali setelah selesai menggunakannya, letakkan span di bekas yang bersih dan kering. Jika ia diletakkan dalam rendaman air sabun di dalam bekas, kuman dan bakteria akan membiak berganda.
Selain itu untuk menjaga kebersihan span, setelah menggunakannya untuk mencuci pinggan dan sebagainya, andah harus merendamnya. Ambil span dan letakkan di dalam bekas bersih berisi air panas dan sabun antikuman. Biarkan anggaran dua minit, angkat dan bilas bersih. Kemudian letakkan ia di tempat yang bersih untuk dikeringkan.
Selain itu anda juga boleh merendamkan span cuci pinggan dalam campuran air dan cuka untuk elakkan pembiakan kuman. Setelah rendam anggaran dua minit, angkat dan bilas bersih. Keringkan span sebelum disimpan.

SPAN KOTOR BOLEH JADI PUNCA CIRIT BIRIT
Setiap hari kita menggunakan span untuk mencuci pinggan dan mangkuk, cawan, periuk, sudu garfu dan pelbagai perkakas dapur. Ramai yang bertanggapan span yang diserap sabun akan dapat membersih dan membunuh kuman-kuman.
Tapi, menurut kajian apabila span digunakan kerap untuk mencuci kepelbagaian, ia akan menjadi rumah untuk pelbagai jenis kuman bakteria dan kulat yang akan melekat di span lembap yang digunakan seharian itu.
Kajian juga menunjukkan bahawa kuman masih wujud walaupun dalam span walaupun ia telah direndam dalam sabun. Malah, ia juga boleh menjadi lebih kotor dari tempat-tempat awam di sekeliling kita seperti tandas.
Oleh itu untuk mengelakkan keadaan tidak diingini seperti risiko mendapat perut sakit atau cirit birit secara kerap, penting untuk memastikan span yang digunakan di rumah digantikan secara kerap setiap tiga minggu.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.