'Spageti' Mao Shan Wang dihidang dengan chendol di kafe durian baharu di Chinatown
Anggaran Waktu Membaca:
Antara tawaran Durian Haus adalah spageti durian yang diperbuat daripada durian MSW atau Black Thorn.
SINGAPURA: Ini berita baik bagi para pencinta durian di Singapura!
Sebuah kedai pencuci mulut - Durian Haus - baru sahaja dibuka di Temple Street Chinatown.
Ia hanya menjual pencuci mulut durian seperti aiskrim durian Mao Shan Wang (MSW), spageti durian dan bahkan kopi MSW.

Kafe itu diasaskan oleh Lawrence Yii, 58 tahun. Beliau merupakan rakan perniagaan syarikat pengilang aiskrim berpangkalan di Malaysia, Million Miles.
Million Miles menjual pencuci mulut yang dibekukan, seperti air batu durian, ke negara-negara seperti China dan Hong Kong.
Sambutan bagi produk-produk mereka "sangat popular" di sana, menurut Lawrence.

Lawrence, seorang Penduduk Tetap Singapura, memberitahu 8days bahawa kafe durian beliau di Singapura adalah perusahaan berasingan daripada Million Miles, yang menjual produk-produk mereka di sini.

Beliau menjelaskan: "Di Malaysia, kami tidak mempunyai kedai runcit, kerana kami pengilangnya di sana. Ini pertama kali kami membawa (produk-produk Million Miles) ke Singapura. Jadi kami ingin meneliti pasaran dan responsnya (menerusi kafe tersebut)."
Lawrence merupakan pemilik bersama kafe. Beliau membukanya bersama seorang lagi rakan niaga.
"Produk utama kami di Durian Haus adalah aiskrim durian kerana ia sangat laris di China dan Hong Kong," kongsi Lawrence lagi.

Ada 'Musang King Stick' (S$7.30) dan 'Black Thorn Stick' (S$7.80), yang menurut Lawrence diperbuat daripada buah durian Mao Shan Wang dan 'black thorn' asli.
Bentuk aiskrim itu serupa dengan bentuk buah durian tetapi ia mempunyai inti berperisa manggis.

Durian Haus juga mempunyai menu pencuci mulut lain yang mengandungi durian MSW, Black Thorn atau D24 dari Malaysia.
Salah satu pencuci mulutnya adalah 'Papa Durian Spaghetti' (dari S$14.80 bagi MSW), 'Papa Coconut Durian Frappe' (S$10.50) dan pelbagai jenis chendol yang dihidangkan dengan isi durian beku (dengan bijinya sekali!), 'mochi' durian atau puri durian.

Mengapa pencuci mulutnya dibubuh perkataan 'Papa'? Lawrence menjawab bahawa ia sebenarnya "tidak mempunyai sebarang makna tersirat".
Apa pun pencuci mulut paling unik di kafe Durian Haus adalah spageti durian yang diperbuat daripada durian MSW (S$14.80) atau Black Thorn (S$16.80).
Pencuci mulut itu dihidangkan dengan puri durian dalam bentuk mi, di atas chendol.
"Pes durian beku diletakkan ke dalam mesin agar ia dapat diperah dan berbentuk mi," jelas Lawrence.

Kopi putih MSW juga ditawarkan di Durian Haus pada harga bermula S$5.50 bagi 'Papa Musang King Durian White Coffee' dan S$7.20 bagi versi yang dihidangkan dengan ais.
Kopi itu disiapkan dengan kopi putih durian segera Million Miles (yang juga dijual di kafe pada harga S$15.80 bagi 10 paket). Produk itu umumnya adalam kopi 4-dalam-1 hasil campuran serbuk kopi dan durian.
Durian Haus terletak di 59 Temple St, S058604. Dibuka setiap hari pukul 12.00 tengah hari hingga 9.00 malam. Tel: 9633 3340. Lebih banyak maklumat menerusi Instagram dan Facebook.
*Kafe yang menjual pencuci mulut durian ini tidak mempunyai sijil halal. Anda boleh bertanya langsung kepada kakitangan jika was-was.
(Gambar-gambar: Durian Haus, Facebook/Mario Ong, Facebook/Pat Ng, Google/Donald Isaac)

Sumber : 8 Days/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.