Skip to main content

Gaya Hidup

Sotheby bakal lelong berlian biru paling besar, dijangka raih AS$48 juta

Berlian biru paling besar dan amat berharga yang ditemui baru-baru ini akan dilelong di Hong Kong pada April, menurut rumah lelongan Sotheby pada Rabu (16 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Sotheby bakal lelong berlian biru paling besar, dijangka raih AS$48 juta

(Gambar: Sotheby's)

Diterbitkan : 17 Feb 2022 01:45PM

NEW YORK: Berlian biru paling besar dan amat berharga yang ditemui baru-baru ini akan dilelong di Hong Kong pada April, menurut rumah lelongan Sotheby pada Rabu (16 Feb).

Syarikat itu menjangkakan berlian biru lebih 15.10 karat milik De Beers Cullinan Blue
akan mencapai harga AS$48 juta (S$64.55 juta).

Ia ditemui di Lombong Culinan, Afrika Selatan pada 2021, yang juga antara beberapa lombong di dunia di mana berlian biru boleh ditemui.

Menurut Sotheby dalam satu kenyataan, berlian itu amat luar biasa dalam pelbagai aspek.

Institut Gemologikal Amerika Syarikat (GIA) memberikan berlian berkenaan gred 'Fancy Vivid Blue' iaitu gred warna tertinggi boleh diberi, tambah Sotheby, dan hanya diberi kepada kurang satu peratus berlian biru dinilai GIA.

Berlian itu lebih besar daripada Oppenheimer Blue, berlian biru 14.62 karat yang memecah rekod dunia semasa dilelong pada Mei 2016 dan dijual pada harga A$57.5 juta (S$77.3 juta).

Awal bulan ini, Sotheby di London menjual Enigma -- berlian potongan terbesar 555.55 karat yang pernah dilelong pada harga £3.16 juta (S$5.76 juta).

Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita