Skip to main content

Gaya Hidup

Soalan Matematik pada iklan di perhentian bas Bukit Timah buat ramai keliru

Anggaran Waktu Membaca:
Soalan Matematik pada iklan di perhentian bas Bukit Timah buat ramai keliru

Iklan HTX di sebuah perhentian bas. (Gambar: @sixpastfour/Reddit)

Diterbitkan : 12 Oct 2025 11:21PM Dikemas Kini : 12 Oct 2025 11:35PM
SINGAPURA: Apa yang akan anda lakukan jika anda ada masa lapang semasa menunggu bas di perhentian bas?

Sebuah syarikat berpendapat mungkin inilah masa terbaik untuk anda asah kebolehan mengira!

Seorang pengguna Reddit @sixpastfour melihat iklan oleh Agensi Teknologi dan Sains Home Team (HTX) itu, tetapi berkata bahawa beliau "terlalu malas untuk menghuraikannya".

Bagaimanapun, para pengguna lain tidak sabar untuk menunjukkan kebolehan mereka untuk menghuraikan teka-teki matematik itu. Malah, seorang daripada mereka berkata bahawa ia "mudah sahaja".

Seorang pengguna Reddit bahkan menunjukkan bagaimana dia mendapat jawapannya:

(x2 - 106 + 2808)
= (x - 53)2 + 2808 - 532
= (x - 53)2 - 1
= (x - 53 - 1) (x - 53 + 1)
= (x - 54)(x - 52)

Oleh itu, jawapannya adalah:
1, 52, 54
H, Te, Xe
HTX

Ternyata, jawapannya adalah Agensi Teknologi dan Sains Home Team (HTX)! Tetapi, apa tujuan iklan itu?

Menurut pengguna Reddit @sixpastfour, beliau pada mulanya menyangka bahawa poster itu merupakan sebuah iklan untuk mohon kerja menerusi kod QR sekiranya mereka mampu menghuraikan teka-teki tersebut.

Walau bagaimanapun, kod QR itu malah membawa pengguna ke laman web di mana terdapat dua lagi soalan Matematik. Pokoknya, kalau anda ada masa untuk menghuraikan satu teka-teki, mengapa tidak menghuraikan lebih banyak lagi? Betul tak?

Jawapan kepada dua soalan matematik itu kemudian akan membawa anda ke satu kuiz ujian personaliti. Anda perlu menjawab lagi 10 soalan untuk mengetahui jenis personaliti anda dan cara anda menyelesaikan masalah.

Ternyata, iklan itu diterima baik oleh kalangan warga net yang mengatakan bahawa ia mendorong mereka menghimbau kembali kenangan di bangku sekolah -- ketika mereka bersungguh-sungguh menelaah matapelajaran Matematik Tambahan (A. Maths) di sekolah menengah.

Tetapi, ada juga yang berseloroh: "Bagaimana jika ini satu penipuan?"
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita