Snow City ditutup selepas 26 tahun, anjur kempen perpisahan sebelum hari terakhir 30 Sep
Anggaran Waktu Membaca:
Snow City ditutup selepas 26 tahun, anjur kempen perpisahan sebelum hari terakhir 30 Sep.
SINGAPURA: Snow City, pusat salji dalam bangunan yang pertama di Singapura, akan ditutup pada 30 September ini selepas beroperasi selama 26 tahun.
Sebelum menutup pintunya, tarikan tersebut akan melancarkan "One Last Snowfall", iaitu sebuah kempen perpisahan untuk orang ramai yang akan berlangsung dari Jun hingga September.
Kempen ini akan menampilkan pengalaman dan promosi masa terhad, termasuk pakej "Snow Play" yang berharga S$19 untuk dewasa dan S$16 untuk kanak-kanak - iaitu potongan kira-kira 30 peratus daripada harga tiket biasa. Pakej tersebut merangkumi satu jam permainan salji dan satu tiket kereta 'bumper'.
Butiran lanjut akan diumumkan di laman web serta platform media sosial Snow City dan Pusat Sains Singapura dalam minggu-minggu akan datang.
Penutupan ini dilakukan sedang Lembaga Pusat Sains (SCB) menyemak semula tawaran-tawarannya agar kekal relevan di tengah-tengah perubahan minat pengunjung dan landskap tempat tarikan yang kian berkembang.
Lapan kakitangan sepenuh masa Snow City ditawarkan peluang penempatan semula di bawah SCB, menurut pusat itu dalam satu kenyataan media.
Pada tahun 2022, Snow City pernah menempatkan Galeri Hotel Ais yang pertama di Singapura, memaparkan sebuah Bar Ais dengan perabot yang diukir sepenuhnya daripada ais, di samping hiasan flora dan fauna buatan tangan oleh pemenang anugerah, Jeffrey Ng.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.