Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Siti Nurhaliza tunai ibadah umrah

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza tunai ibadah umrah

Gambar: Agensi berita/ Sinar Plus

KUALA LUMPUR: Mengambil keberkatan hari-hari terakhir Ramadan, penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah pada Ahad (24 April).

Umrah kali ini menyaksikan Siti, 43 tahun, ditemani pengurus, Rozi Abdul Razak dan kakak iparnya, Zaiton Mohd Jiwa, lapor Sinar Plus.

Penyanyi lagu Lip Lap Raya itu berkongsi berita tersebut menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya dengan memuat naik video pendek bersama anak-anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sebelum berangkat.

“Perjalananku kerana-Mu Ya Allah. Permudahkanlah dan jagalah keluargaku semua.

“Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat serta selamat,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tambah Sinar Plus lagi, Siti juga turut berkongsi beberapa keping gambar sebaik sahaja tiba di Makkah dan mengharapkan agar urusan ibadahnya itu dipermudahkan.

"Ya Allah, kepada-Mu aku memohon dan bertawakal. Ya Allah, permudahkanlah urusanku, senangkanlah kesusahan perjalananku. Berikanlah rezeki kepadaku lebih banyak daripada yang aku minta, jauhkanlah daripadaku segala keburukan,” kongsi Siti di Instagram story.

Kali terakhir Siti menunaikan umrah pada 2019 bersama suami, Khalid Mohamad Jiwa, Siti Aafiyah dan pengasuhnya, menurut Sinar Plus.
 

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan