Skip to main content

Gaya Hidup

Siti Nurhaliza senyum lebar, cipta rekod penjualan tertinggi Go Shop

Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza mencipta rekod pada Ahad lalu (6 Jan) selepas beliau berjaya menjual 22,000 set peralatan memasak dalam masa dua jam sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Siti Nurhaliza senyum lebar, cipta rekod penjualan tertinggi Go Shop

Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza mencipta rekod selepas beliau berjaya menjual 22,000 set peralatan memasak dalam masa dua jam sahaja. (Gambar: Siti Nurhaliza Tarudin/Instagram)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 08:28AM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 09:07AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Malaysia Siti Nurhaliza mencipta rekod pada Ahad lalu (6 Jan) selepas beliau berjaya menjual 22,000 set peralatan memasak dalam masa dua jam sahaja.

Siti Nurhaliza melancarkan koleksi peralatan memasak 'Vantage' secara eksklusif dalam program konsert sambil memasak yang disiarkan secara langsung menerusi saluran membeli-belah Astro, Go Shop.

Ternyata, set periuk ‘Vantage’ edisi terhad yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti Nurhaliza dalam ukiran laser mencuri hati ramai pelanggan dan peminat setianya apabila 22,000 set peralatan itu, yang bernilai RM369 (S$121) setiap satu, dijual sepanjang penampilan khasnya di Go Shop. Ini bermakna beliau berjaya meraih hampir RM8 juta (S$2.64 juta).

Malah menurut laporan Astro, penyanyi dan usahawan itu berjaya mencatatkan hasil penjualan melebihi tujuh kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan, sekaligus menjadikannya rekod penjualan produk tertinggi di Go Shop.

Lebih mengagumkan lagi, Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak dengan menggunakan set 'Vantage' itu semasa program tersebut. Antara masakan yang disediakannya termasuk hidangan kegemarannya seperti ‘Patin Masak Tempoyak, ‘Laksa Pahang’ dan ‘Ayam Masak Ros’.

Beliau juga menghiburkan seramai 100 pemenang bertuah set edisi khas itu dengan mendendangkan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Siti Nurhaliza turut mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, lapor Astro.

Bagi maklumat lanjut tentang peraduan itu, peminat boleh melayari laman bit.ly/DSCTxConcert. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita