Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sifat masam sos tomato dari cuka rupanya ada manfaat mengejutkan....

Permintaan bagi alat pelbagai guna semakin menarik perhatian. Tidak kiralah sama ada tab mandi yang membantu untuk mencuci dulang ketuhar berminyak mahupun batu pumis bagi mengeluarkan bulu haiwan daripada melekat pada permaidani.

Anggaran Waktu Membaca:
Sifat masam sos tomato dari cuka rupanya ada manfaat mengejutkan....

Gambar hiasan sos tomato. (Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 01 Oct 2019 11:42PM Dikemas Kini : 01 Oct 2019 11:46PM

UNITED KINGDOM: Permintaan bagi alat pelbagai guna semakin menarik perhatian. Tidak kiralah sama ada tab mandi yang membantu untuk mencuci dulang ketuhar berminyak mahupun batu pumis bagi mengeluarkan bulu haiwan daripada melekat pada permaidani.

Petua terbaru, meskipun sebenarnya ia sudahpun digunakan agak lama seperti dilaporkan agensi berita Metro, adalah menggunakan sos tomato untuk membersihkan karat atau kesan lain yang ada pada perabot yang diperbuat daripada keluli.

Gambar-gambar yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Jo Nichol, menunjukkan keadaan sebuah bangku sebelum dan selepas ia digosok dengan sos tomato.

Dalam satu catatan Facebook, Jo menulis: "Sebelum dan selepas menggunakan sos tomato, tugas lima minit, menakjubkan."

Sentalan sos tomato sekitar 5 minit pada peralatan diperbuat daripada keluli boleh menghilangkan kesan karat dan air. (Gambar: Facebook)

Orang ramai mendapati petua tersebut luar biasa dan sangat bijak.

Sementara itu, sesetengah orang pula menyuarakan kebimbangan tentang memakan sesuatu yang boleh membersihkan keluli.

Metro juga menukil salah seorang lagi pengguna Facebook yang mendakwa bahawa perasa itu pada umumnya berguna bagi tujuan pembersihan sambil berkata: "Sos tomato juga baik untuk membersihkan papan pemotong keluli tahan karat".

Sifat masam dari tomato dan cuka dalam sos tomato menjadikannya sumber baik untuk mengilatkan loyang, tembaga dan perak. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan