Skip to main content

Gaya Hidup

SIA naik taraf sistem hiburan KrisWorld mulai 2027; tawar lebih 2,500 pilihan hiburan

Singapore Airlines (SIA) akan memperkenalkan sistem hiburan dalam penerbangan, KrisWorld, dengan versi yang dinaik taraf mulai 2027.

Anggaran Waktu Membaca:
SIA naik taraf sistem hiburan KrisWorld mulai 2027; tawar lebih 2,500 pilihan hiburan

Sistem hiburan KrisWorld yang dinaik taraf akan menawarkan lebih 2,500 pilihan hiburan, dengan kandungan baharu ditambah setiap bulan mulai 2027. (Gambar: Singapore Airlines)

Diterbitkan : 23 Oct 2026 12:06AM
SIA to upgrade KrisWorld in-flight entertainment system from 2027; offer over 2,500 entertainment options
  • Singapore Airlines (SIA) will upgrade KrisWorld on 41 long-haul and ultra-long-haul Airbus A350-900 aircraft and Boeing 777-9 aircraft, with the rollout beginning in phases from 2027.
  • The new system will offer over 2,500 entertainment options, touchscreens of up to 32 inches with 4K resolution, spatial audio, personalised recommendations for KrisFlyer members and an age-appropriate content mode for children.
  • Wellness features will include sleep guides, meditation and stretching, while selected passengers will be able to save their seat and lighting preferences for their next trip.
  • From early 2027, Starlink will be introduced on selected aircraft to support streaming and work, alongside unlimited free Wi-Fi for eligible passenger groups and enhanced charging; these features are intended to improve the travel experience.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) akan memperkenalkan sistem hiburan dalam penerbangan, KrisWorld, dengan versi yang dinaik taraf mulai 2027.

Ia akan menampilkan skrin lebih besar, mutu audio yang dipertingkat serta lebih 2,500 pilihan hiburan.

Sistem baharu itu akan dipasang pada 41 pesawat Airbus A350-900 yang dinaik taraf bagi penerbangan jarak jauh dan ultra jauh, selain pesawat Boeing 777-9 baharu SIA.

Pesawat-pesawat berkenaan akan mula beroperasi secara berperingkat mulai 2027.

Pilihan hiburan merangkumi filem Hollywood, filem antarabangsa dan serantau, siri televisyen, muzik serta podcast.

Kandungan daripada Apple TV, BBC, Mediacorp, HBO Max, iQIYI dan Paramount+ turut disediakan, dengan judul baharu ditambah setiap bulan.

Penumpang juga boleh mengikuti perkembangan berita dan sukan secara langsung menerusi saluran BBC News dan Sport 24.

SKRIN 4K SEHINGGA 32 INCI, AUDIO LEBIH CANGGIH

KrisWorld baharu akan dilengkapi skrin sentuh beresolusi 4K, dengan saiz berbeza mengikut jenis pesawat dan kelas kabin.

Bagi pesawat Boeing 777-9, penumpang Kelas Pertama akan menikmati skrin 32 inci, manakala Kelas Niaga dilengkapi skrin 20 inci.

Skrin Kelas Ekonomi Premium pula berukuran sehingga 16 inci, manakala Kelas Ekonomi sehingga 13 inci.

Bagi pesawat Airbus A350-900 jarak jauh yang dinaik taraf, Kelas Niaga akan dilengkapi skrin OLED 4K berukuran 22 inci.

Sementara itu, pesawat A350-900 ultra jauh akan menawarkan skrin OLED 4K berukuran 32 inci di Kelas Pertama dan 22 inci di Kelas Niaga.

Sistem tersebut turut menawarkan teknologi audio ruang yang memberikan pengalaman bunyi lebih menyeluruh.

Penumpang Kelas Pertama akan menerima fon kepala tanpa wayar Bang & Olufsen dengan ciri pembatalan hingar aktif (active noise cancellation).

Penumpang Kelas Niaga dan Ekonomi Premium pula akan menerima fon kepala dengan ciri pembatalan hingar aktif, manakala penumpang Kelas Ekonomi akan disediakan fon telinga berwayar.

Penumpang juga boleh menyambungkan fon kepala Bluetooth sendiri yang serasi, tertakluk kepada jenis pesawat dan kelas kabin.

CADANGAN HIBURAN PERIBADI, MOD KHAS KANAK-KANAK

KrisWorld baharu juga akan menampilkan paparan yang direka semula, dengan ikon lebih besar, fungsi carian yang dipertingkat dan pilihan lebih mudah untuk mencari kandungan.

Ciri pemain video mini membolehkan penumpang terus menonton rancangan dalam tetingkap kecil sambil mencari kandungan lain.

Penumpang juga boleh menetapkan pintasan kepada kategori hiburan kegemaran serta melihat maklumat penerbangan, termasuk baki masa perjalanan dan keadaan cuaca, tanpa menghentikan rancangan yang sedang ditonton.

Bagi penumpang kanak-kanak, Mod Kanak-Kanak akan menyediakan pilihan filem, rancangan televisyen dan muzik yang sesuai mengikut usia menerusi antara muka lebih ringkas.

Anggota KrisFlyer yang log masuk ke akaun masing-masing pula boleh menerima cadangan hiburan yang diperibadikan, menyimpan rancangan kegemaran dan menyambung tontonan daripada penerbangan sebelumnya.

Sistem itu juga akan memaparkan maklumat penerbangan sambungan SIA dari Singapura, termasuk terminal dan pintu keberangkatan.

CIRI KESEJAHTERAAN BANTU PENUMPANG REHAT

Satu lagi ciri baharu ialah panduan kesihatan dan kesejahteraan yang menyediakan audio untuk membantu penumpang tidur dan bermeditasi, selain video latihan pernafasan serta senaman regangan ringan yang boleh dilakukan sambil duduk.

Penumpang Kelas Pertama dan Kelas Niaga akan turut menerima cadangan mengenai kedudukan tempat duduk dan tetapan pencahayaan, manakala saranan minuman tersedia bagi semua kelas kabin.

Dalam pesawat terpilih yang dinaik taraf, penumpang Kelas Pertama dan Kelas Niaga boleh menyimpan kedudukan tempat duduk pilihan untuk makan, berehat dan tidur bagi penerbangan akan datang.

Penumpang Kelas Pertama juga boleh menyimpan tetapan pencahayaan kegemaran mereka.

WI-FI STARLINK LEBIH PANTAS MULAI AWAL 2027

Selain KrisWorld, SIA akan mula memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar satelit Starlink pada pesawat Airbus A380 serta A350-900 jarak jauh dan ultra jauh mulai awal 2027.

Perkhidmatan itu dijangka menyokong kegiatan seperti penstriman video, penggunaan media sosial, permainan video dan urusan kerja menerusi peranti peribadi penumpang.

Penumpang Kelas Suite, Kelas Pertama dan Kelas Niaga, serta anggota PPS Club dan KrisFlyer yang menaiki Kelas Ekonomi Premium dan Ekonomi, akan terus menikmati Wi-Fi percuma tanpa had pada pesawat yang dilengkapi Starlink.

Pesawat Boeing 777-9 baharu dan Airbus A350 yang dinaik taraf juga akan dilengkapi port pengecas USB-C.

Kemudahan pengecasan tanpa wayar pula akan disediakan di Kelas Pertama dan Kelas Niaga.

Naik taraf KrisWorld dan kemudahan sambungan internet itu merupakan sebahagian daripada usaha SIA untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

Syarikat penerbangan tersebut dijangka memperkenalkan tawaran perjalanan generasi baharunya di Singapura pada November 2026.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita