Sheng Siong jual durian udang merah 3 untuk S$10, MSW S$15/kg
Musim durian kembali lagi. Biasanya, musim kemuncak raja buah itu jatuh antara Disember hingga Mac dan Mei hingga Ogos.

Durian yang dijual di cawangan Sheng Siong Bedok. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Musim durian kembali lagi. Biasanya, musim kemuncak raja buah itu jatuh antara Disember hingga Mac dan Mei hingga Ogos.
Namun, Mei hingga Ogos dianggap sebagai masa terbaik untuk menikmati durian kerana pokok-pokoknya tumbuh subur dek cuaca panas dan hujan yang mencukupi.
Rangkaian pasar raya Sheng Siong kini menjual durian di cawangannya di Bedok Central. Sheng Siong telah memuat naik gambar-gambar di Facebooknya yang menunjukkan timbunan buah durian di luar cawangan itu.
Salah satu gambar itu memaparkan papan tanda yang menunjukkan harga durian Udang Merah atau 'Red Prawn' dijual pada S$10 untuk tiga biji.
Apabila dihubungi Mediacorp, salah seorang kakitangan cawangan Sheng Siong Bedok itu memberitahu bahawa ada lebih banyak durian Udang Merah yang dilelongkan pada harga "S$20 untuk lima biji".
Durian Udang Merah mempunyai isi yang berwarna kuning kuningan, hampir jingga, dengan tekstur melekit dan berkrim serta kurang serat.
Para pelanggan juga dilihat memilih durian dari bakul-bakul yang dijual pada S$2 sebiji. Ini meskipun kakitangan yang dihubungi itu memberitahu Mediacorp bahawa beliau tidak melihat sebarang durian itu - hanya Mao Shan Wang dan Udang Merah yang tinggal.
Selain itu, Sheng Siong juga menjual durian Mao Shan Wang (MSW) pada harga S$15 sekilogram. Harga baik ini hanya ditawarkan apabila ada lebihan bekalan.
Kakitangan Sheng Siong itu bagaimanapun tidak dapat memberitahu Mediacorp tentang asal usul durian yang dijual. Namun berdasarkan harganya yang rendah, ia mungkin tidak dibawa masuk dari Pahang, Malaysia, yang menghasilkan MSW terbaik dan biasanya dijual pada harga lebih tinggi.
Walau apa pun, ini salah satu tempat di Singapura di mana anda boleh lepaskan geram untuk menikmati durian pada harga yang berpatutan.
#01-631/02-631, Blk 209 Bedok Central, New Upper Changi Rd, S460209.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.