Sheikh Haikel buka kedai Mi Daging Hainan di Yishun
Menyusuli kejayaan perniagaan Nasi Ayam Hainan, Hai Ge Ji di North Bridge Road, penyanyi rap tempatan, Sheikh Haikel, 50 tahun dan isterinya, Anna Bella Francis, 47 tahun kini mencuba nasib pula menjual mi daging Hainan yang Halal.
Anggaran Waktu Membaca:
- Sheikh Haikel dan isterinya, Anna Bella Francis, membuka Hai Ge Ji Beef Noodles di Yishun pada Oktober, bekerjasama dengan Hwa Heng Group dan Kiang Kin Nam.
- Kedai ini menawarkan mi daging Hainan Halal dengan mengekalkan resipi asal, hanya menukar bahan untuk memenuhi piawai Halal MUIS.
- Pasangan itu melatih tukang masak Cina dan kakitangan Muslim, serta melakukan uji rasa untuk memastikan keaslian hidangan.
- Kedai mendapat sambutan daripada pelanggan Muslim dan bukan Muslim, dan turut menjual mi daging di restoran Nasi Ayam mereka setiap Selasa.
SINGAPURA: Menyusuli kejayaan perniagaan Nasi Ayam Hainan, Hai Ge Ji di North Bridge Road, penyanyi rap tempatan, Sheikh Haikel, 50 tahun dan isterinya, Anna Bella Francis, 47 tahun kini mencuba nasib pula menjual mi daging Hainan yang Halal.
Pasangan itu membuka kedai Hai Gei Ji Beef Noodles di Yishun pada Oktober lalu, di mana restoran berhawa dingin itu dilengkapi dengan 30 tempat duduk.
Mereka menjalin kerjasama dengan rangkaian mi daging Hwa Heng Group, milik Eric Lim, dalam perkongsian dengan Kiang Kin Nam - iaitu anak lelaki kepada pengasas asas Odeon Beef Noodle (yang kemudian dinamakan sebagai Hwa Heng Beef Noodle) di Scotts Road.
Jenama itu mempunyai sembilan cawangan dan Haikel serta isterinya, Francis mengambil alih cawangan sedia ada di Yishun.
"Adik lelaki Kiang mengendalikan sebuah gerai penjaja berasingan (tanpa kaitan) di Pusat Penjaja Upper Boon Keng, juga dikenali sebagai Hwa Heng Beef Noodle," kata Encik Lim dalam wawancara bersama Medicorp.
Haikel kemudian mengubah elok unit di Yishun dan menukar namanya kepada Hai Ge Ji Beef Noodles.
Semua resipi dan hidangannya dikekalkan namun ia disediakan menggunakan bahan-bahan Halal.

Minat pasangan itu terhadap mi daging Hainan sudah berputik sekian lama.
Ia bermula di gerai asal Hwa Heng Beef Noodle (dahulu dikenali sebagai Odeon Beef Noodles) di medan selera Scotts Picnic yang tidak lagi berperasi.
"(Dahulu), terdapat dua orang makcik yang mengendalikan gerai itu, dan daging dan bahan-bahan digunakan semuanya adalah Halal," kata Haikel dalam wawancara Mediacorp.
"Cuma Odeon Beef Noodles (dijenamakan semula sebagai Hwa Heng) tidak pernah mendapat pengiktirafan Halal secara rasmi."
"Saya makan di sana dan saya fikir ia adalah mi daging paling sedap pernah saya makan, dan saya mahu mencubanya sekali lagi," katanya.
Isterinya, Francis juga berkata beliau sering makan mi daging Hwa Heng ketika di sekolah menengah.
Haikel sememangnya mahu membuka sebuah gerai mi daging Hainan menyusuli pembukaan restoran Nasi Ayamnya, tetapi hanya selepas seorang teman mencadangkan supaya beliau bekerjasama dengan jenama itu, idea itu benar-benar menjadi kenyataan.
Memandangkan kebanyakan bahan masakan Hwa Heng sudah pun Halal, tidak banyak perubahan perlu dilakukan pada resipinya melainkan jenis cuka atau bebola daging yang perlu digunakan bagi memenuhi piawai pensijilan Halal MUIS.
"Ia perlu sama," kata Haikel. "Atau lebih baik lagi!"
Bagaimana mereka memastikan rasanya sama seperti gerai Hwa Heng yang asal?
Pasangan itu membawa rakan-rakan Cina mereka untuk mencuba hidangan tersebut sebelum membuka kedai itu.

"Kami melakukan uji cuba banyak kali sehinggakan kita semua kelihatan seperti bebola daging," seloroh Haikel.
Para pelanggannya terdiri daripada golongan beragama Islam dan juga bukan Islam.
Para pelanggan bukan Islam pula sering katakan bahawa mi yang disediakan rasa "sama seperti yang asli".
“Pelanggan bukan Islam boleh makan di cawangan Hwa Heng pada bila-bila masa,” tambah Haikel, “tetapi kami berharap Hei Ge Ji Beef Noodles menjadi tempat mereka yang beragama Islam dan lain-lain untuk makan bersama.”
Di cawangan Yishun, mereka menggajikan beberapa tukang masak Cina dari Hwa Heng dan melatih kakitangan beragama Islam.
“Ia untuk mengekalkan keaslian,” kata Haikel. “Jarang kita melihat orang bukan Melayu menghidangkan nasi padang. Sama juga bagi makanan Hainan.”
Kedua-dua restoran nasi ayam dan mi daging Haikel mencatatkan keuntungan, namun mereka enggan mendedahkan jumlah pelaburan dalam kerjasama baharu tersebut.
Haikel, yang pernah memiliki secara bersama restoran yakiniku halal Wakuwaku Yakiniku (yang dijual bagi menumpukan perhatian kepada Hai Ge Ji) serta restoran burger FatPapas yang kini ditutup, merupakan “penggerak utama” di sebalik makanan tersebut.
Fakta menarik: restoran itu dinamakan sempena penyanyi rap tersebut. “Hai Ge” untuk Haikel dan “Ji” untuk ayam.
Francis dan Haikel masing-masing tidak memasak, tetapi hidangan-hidangan diselaraskan mengikut cita rasa Haikel.
Hidangan istimewa termasuk Mi Bebola Daging (S$6.90 kering atau bersup), Mi Daging Hirisan (S$6.90) dan Mi Daging Hirisan dan Bebola Daging (S$8.90 kering atau bersup). Para pelanggan boleh memilih jenis daging dan mi yang diinginkan.

Pilihan kegemaran Francis dan Haikel ialah campuran daging (hirisan daging, urat, babat dan bebola daging) bersama sup dan mihun tebal.
Mi daging itu juga dijual di restoran Hai Ge Ji Chicken Rice pada setiap hari Selasa.

Sumber : 8 Days/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.