Setengah bilion orang berisiko alami obesiti, sakit jantung dek tidak lakukan kegiatan fizikal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
GENEVA: Laporan baru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu (20 Okt) memberi amaran bahawa antara tahun 2020 hingga 2030, hampir setengah bilion orang dikhuatiri akan menghidap penyakit jantung, obesiti, kencing manis atau penyakit tidak berjangkit (NCD) lain disebabkan tidak mengamalkan gaya hidup fizikal yang aktif.
Menurut Anadolu Agency, yang memetik laporan WHO, keadaan ini boleh menyebabkan dunia kehilangan AS$27 bilion (S$38 bilion) setahun jika pemerintah-pemerintah gagal mengambil tindakan segera.
Laporan status global mengenai kegiatan fizikal 2022, yang mengukur sejauh mana pemerintah-pemerintah melaksanakan cadangan untuk meningkatkan aktiviti fizikal secara menyeluruh, menunjukkan ia tidak memadai.
"Kami memerlukan lebih banyak negara untuk meningkatkan pelaksanaan dasar bagi membantu orang ramai menjadi lebih aktif melalui aktiviti berjalan kaki, berbasikal, sukan dan aktiviti fizikal lain," kata Ketua Pengarah WHO Tedros Ghebreyesus.
"Manfaatnya sangat besar, bukan sahaja untuk kesihatan fizikal dan mental individu, malah untuk masyarakat, persekitaran dan ekonomi."
Menurut laporan itu, seperti ditukil Astro Awani, pandemik COVID-19 mendedahkan pentingnya aktiviti fizikal yang kerap untuk kesihatan mental dan fizikal.
Ia juga menunjukkan ketidaksamaan dalam akses dan peluang bagi sesetengah komuniti untuk aktif secara fizikal.
"Pandemik COVID-19 menunjukkan aktiviti fizikal perlu menjadi komponen teras dasar awam, dengan semua negara memastikan peluang aktiviti fizikal yang saksama untuk semua," menurut laporan itu.
Data daripada 194 negara menunjukkan secara keseluruhan, kemajuannya perlahan dan pemerintah mesti menyegerakan dasar meningkatkan tahap aktiviti fizikal untuk mencegah penyakit selain mengurangkan tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan yang sudah terbeban.
Kurang 50 peratus negara mempunyai dasar aktiviti fizikal masing-masing, namun 40 peratus daripadanya kurang beroperasi.
Hanya 30 peratus negara mempunyai garis panduan aktiviti fizikal kebangsaan untuk semua kumpulan umur, Astro Awani menukil laporan tersebut.
Laporan itu menyebut bahawa walaupun hampir semua negara melaporkan terdapat sistem untuk memantau aktiviti fizikal dalam kalangan orang dewasa, 75 peratus hanya memantau aktiviti fizikal dalam kalangan remaja dan kurang daripada 30 peratus memantau aktiviti fizikal yang dilakukan kanak-kanak berusia bawah lima tahun.
Walaupun dasar negara untuk menangani NCD dan gaya hidup fizikal tidak aktif sudah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, 28 peratus dilaporkan tidak dibiayai atau dilaksanakan.
Lantas, laporan itu meminta negara-negara supaya mengutamakan aktiviti fizikal sebagai kunci untuk meningkatkan kesihatan dan menangani NCD, menyepadukan aktiviti fizikal ke dalam semua dasar yang berkaitan serta membangunkan alat, panduan dan latihan untuk menambah baik pelaksanaannya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.