Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Serlahkan mahligai anda dengan estetika perabot lama

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Dalam kita ghairah mahu menggantikan perabot yang mungkin sudah usang di rumah, perlu kita beringat bahawa tidak semestinya perabot baru saja yang dapat membuat rumah tampil cantik.

Walaupun sesuatu perabot itu sudah terpakai, setiap satu daripadanya kaya dengan ciri-ciri yang menarik dan ada juga yang mempunyai sejarah atau cerita disebaliknya.

Jika anda seorang yang kreatif, ‘campaklah’ apa juga jenis perabot dan hiasan antik, ia pasti dapat menyerlahkan kediaman dan membangkitkan aura yang lebih segar dan menarik.

Yang penting, elakkan daripada membuat satu-satu sudut itu nampak sarat dengan pelbagai jenis perabot dan hiasan.

Sekalipun demikian, sebelum membeli meja, kerusi, bangku atau pasu antik, ketahui dahulu fungsi atau cara bagaimana anda boleh padankannya dengan perabot lain yang ada di rumah. Penting untuk membuat pilihan yang bijak agar rumah lebih berseri-seri.

Dengan Ramadan yang bakal menjelang beberapa jam sahaja lagi, mungkin segelintir orang sudah mula memikirkan untuk menggantikan beberapa perabot usang di rumah sebelum menyambut Hari Raya.

Sebelum anda keluar membeli-belah, berikut kami senaraikan 10 kedai antik yang menawarkan pelbagai perabot unik, dengan harga yang boleh tahan!

10 PILIHAN KEDAI ANTIK

Terdapat banyak kedai yang menjual barangan antik dan vintaj di merata kota Singa.

Setiap kedai mempunyai koleksi perkakas yang berbeza-beza dengan keunikan yang tersendiri. Ada juga yang turut menawarkan perabot antik eksklusif yang baru.

Apa pun yang menjadi pilihan, pastikan pembelian yang bijak kerana ia bukan saja dapat menyerlahkan rumah tapi sekali gus dapat menyelamatkan dompet daripada terbelanja benda yang tidak perlu.

Noden
Noden (Gambar: Noden)

Apabila berada di sini, anda mungkin akan jatuh hati dengan koleksi klasik sentuhan Scandinavian dari era 1940-an hingga 1970-an.

Setiap perabot dipilih oleh pemilik kedai semasa bercuti di bahagian Timur Eropah.

Koleksinya merangkumi rekaan yang unik dan luar biasa yang mempunyai ciri-ciri minimalis dan sesuai untuk semua jenis kediaman.

Alamat: Noden #02-02, 211 Henderson Road S159552

Lorgan
Lorgan’s the Retro Store (Gambar: Lorgan’s the Retro Store)

Kedai ini menawarkan perabot unik dan akan membawa anda ke era 40an, 70an dan 80an. Dari kerusi malas hinggalah hiasan lampu 'old skool'.

Walaupun merupakan hiasan lama, ia tidak terhad kepada ‘orang lama’ saja untuk datang ke sini.

Golongan muda juga turut tertawan dengan konsep hiasan 'second-hand' yang dijual dengan harga yang menarik. Jika bijak membuat pilihan dan kreatif untuk menghias rumah, hasilnya pasti luar biasa.

Alamat: Lorgan’s The Retro Store, #02-07, Orion@Paya Lebar, 160 Paya Lebar Road, S409022

Hock Siong
Hock Siong & Co (Gambar: Hock Siong & Co)

Popular dan pasti tidak asing lagi bagi peminat perabot terpakai. Kisah sejarah kedai ini menarik, ia bermula dari perniagaan karang guni.

Pemiliknya mempunyai kepakaran dalam pemilihan dan menjual semula perabot-perabot yang unik lagi bermutu. Harga perabot seperti kerusi, meja, almari tampil berbeza-beza, ada yang mahal dan ada yang murah. Semunya bergantung pada mutunya.

Alamat: Hock Siong & Co, 153 Kampong Ampat, #01-03 Junjie Industrial Building, S368326

Just Anthony
Just Anthony (Gambar: Just Anthony)

Koleksinya unik merangkumi kabinet dan meja yang dihasilkan dari negara China.

Rekaannya yang luar biasa dan dapat mewujudkan ciri yang berbeza di ruang tamu. Kedai ini turut menawarkan aksesori seperti bangku kecil, pasu yang berkonsepkan tradisi Cina dengan sentuhan moden dan kontemporari.

Alamat: Just Anthony, 379 Upper Paya Lebar Road S534972

China Collection
China Collection (Gambar: China Collection)

Terletak di tengah-tengah daerah Joo Chiat, China Collection menampilkan koleksi perabot yang diperkaya dengan elemen tradisi dan rekaan warisan Cina.

Setiap perabot yang dijual adalah asli dengan sentuhan klasikal serta praktikal untuk kegunaan harian.

Jika anda gemarkan koleksi hiasan porselin, stoneware, bronze-ware dan lampu meja, anda pasti akan teruja dengan pilihan eksklusif yang ada di sini. Setiap hiasan dan perabot yang dijual juga mempunyai sejarah disebaliknya.

Alamat: 252 Joo Chiat Road, S427506

Second Charm
Second Charm (Gambar: Second Charm)

Kedai perabot ini menawarkan koleksi perabot kayu asli yang diilhamkan dengan sentuhan retro.

Jika anda sedang mencari perabot vintaj seperti kerusi, ottoman, meja kopi atau meja tepi katil dengan harga serendah $150, bolehlah cuba ke sini.

Selain perabot terdapat juga pelbagai aksesori seperti tudung lampu, bakul dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh menempah perabot mengikut citarasa di sini.

Alamat: Second Charm 21 Kallang Avenue, 05-165, Mapletree Industrial Building, S339412

Junkie Corner
Junkie Corner (Gambar: Junkie Corner)

Inilah antara kedai perabot vintaj yang menawarkan kepelbagaian produk dari A – Z!

Setiap sudut terdapat hiasan dan perabot dari era yang berbeza-beza. Ada juga koleksi lama yang sudah diperbaiki dan diubah suai semula. Harga perabot boleh diajak berbincang, yang pasti jangan lupa bawa dompet!

Alamat: Junkie Corner, 2 Turd Club Road S287988

The GoDown
The GoDown (Gambar: The GoDown)

Peminat hiasan vintaj seperti mesin taip lama, bangku dan meja antik pasti akan tertawan dengan barangan di kedai ini.

Ia tidak sahaja terhad pada perabot terpakai tetapi juga terdapat pelbagai aksesori dari merata dunia yang dijual.

Mata boleh jadi rambang dan membuat anda bingung bila ingin membuat pilihan.

Alamat: The GoDown #02-08 The Meissa, 100D Pasir Panjang Road S118520

long long time
Long-long Time Store (Gambar: FB The Long-long Time Store)

Perabot lama yang diubah suai memberikan sentuhan yang unik.

Contohnya kerusi logam 'old skool', meja dan laci kayu jati.

Setiap perabot dijual dalam jumlah yang terhad. Siapa cepat dia dapat!

Apabila ke sini, pastikan anda membawa wang tunai. Anda juga boleh membeli-belah secara talian atau buat janji temu sebelum ke sana. Layari https://www.facebook.com/longlongtimestore/

Jennifer Vintage
Jennifer’s Vintage & Antique (Gambar: FB Jennifer’s Vintage & Antique)

Walaupun perabot sudah berusia ia tetap tampil cantik menawan!

Inilah kedai yang paling lasak atau ‘rugged’, barang-barang dijual dalam keadaan asli.

Anda mungkin perlu menggilap atau memperbaharui sendiri. Namun apa yang menarik, ia mempunyai koleksi luar biasa dan unik!

Alamat: Jennifer’s Vintage & Antique, Blk 229 Toa Payoh Lor 8 S320027

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan