Skip to main content

Gaya Hidup

Sering rasa kesunyian dan tersisih? Ikut 5 tip ini untuk kurangkan rasa terasing

Anggaran Waktu Membaca:
Sering rasa kesunyian dan tersisih? Ikut 5 tip ini untuk kurangkan rasa terasing

(Gambar: Pexel)

Diterbitkan : 15 May 2023 10:31PM Dikemas Kini : 15 May 2023 10:32PM
AMERIKA SYARIKAT: Warga Amerika Syarikat (AS) semakin terasa kesepian dan terasing sekali gus menjejas kesihatan mental dan fisikal mereka, menurut kumpulan doktor terkemuka di negara itu dalam satu makluman awal bulan Mei.

Nasihat sedemikian biasanya dikhaskan untuk cabaran kesihatan awam yang memerlukan perhatian segera. Ini adalah kali pertama ia digunakan untuk mengetengahkan isu kesunyian.

Satu tinjauan pada 2021 menunjukkan lebih separuh warga AS rasa kesepian dengan
seganda golongan dewasa muda melaporkan demikian berbanding mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Seorang pakar bedah Dr Vivek Murthy berkongsi pentingnya mengukuhkan fabrik sosial dan mengutamakan hubungan yang bermakna.

JALIN SEMULA HUBUNGAN

Sebagai permulaan, luangkan masa 15 minit setiap hari untuk hubungi rakan atau anggota keluarga.

Walapun perbualan tersebut ringkas dan pendek, tunjukkan betapa anda menghargai individu itu dengan jujur, kata Dr Murthy.

KURANGKAN GANGGUAN

Ketika berbual dengan seseorang berikan tumpuan sepenuhnya pada perbualan itu.

"Mendengar adalah penting, sama seperti apabila kita bercakap," Dr Murthy.

Kurangkan juga penggunaan media sosial untuk berhubungan; sebaliknya berinteraksi secara bersemuka bersama orang yang penting dalam kehidupan anda.

JAWAB PANGGILAN TELEFON

Jawab panggilan telefon. Jangan buat alasan akan menghubungi pemanggil tersebut pada lain waktu ketika anda mempunyai lebih banyak masa untuk bersembang.

Jika anda sedang sibuk, katakan "Hei, saya sangat lega dengar suara anda," dan cuba cari masa lain untuk bersembang.

BERKHIDMAT KEPADA ORANG LAIN

Kajian menunjukkan bahawa melakukan kerja-kerja sukarela dapat mengurangkan rasa kesepian dan meluaskan rangkaian sosial.

Anda mungkin boleh pertimbangkan untuk luangkan masa bersama sebuah pertubuhan dalam masyarakat, atau menawarkan bantuan kepada anggota keluarga, rakan sekerja atau teman anda.

DAPATKAN BANTUAN

Akhir sekali, beritahu seseorang jika anda sedang bergelut dengan rasa kesepian dan tersisih. Individu tersebut boleh jadi seorang anggota keluarga, rakan, kaunselor atau penyedia khidmat penjagaan kesihatan.

Jika anda secara terus-terusan berasa sedih dan berputus asa, dan jika perasaan itu menghalang keupayaan anda untuk berfungsi atau melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang membawa kebahagiaan kepada kehidupan seharian anda, ia mungkin tanda anda mungkin perlu berbual dengan seorang pakar.
Sumber : AGENCIES/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita