Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Serangan jantung bukan lagi penyakit orang tua... Golongan muda ambil perhatian 4 perkara ini!

 Serangan jantung bukan lagi penyakit yang menyerang orang tua. Sebaliknya ia bukan lagi sesuatu yang pelik apabila individu baru berusia 30-an meninggal dunia akibat penyakit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Serangan jantung bukan lagi penyakit orang tua... Golongan muda ambil perhatian 4 perkara ini!

(Gambar fail)

Diterbitkan : 19 Feb 2020 11:05PM Dikemas Kini : 19 Feb 2020 11:07PM

KUALA LUMPUR: Serangan jantung bukan lagi penyakit yang menyerang orang tua. Sebaliknya ia bukan lagi sesuatu yang pelik apabila individu baru berusia 30-an meninggal dunia akibat penyakit itu.

Malah di Malaysia sendiri penyakit itu kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat negara itu bagi tempoh 13 tahun iaitu dari 2005 hingga 2017.

Situasi itu semakin membimbangkan apabila ramai individu berusia bawah 40 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut pakar jantung, Dr. Ron Blankstein terdapat beberapa faktor yang menyebabkan meningkatnya angka tersebut dalam kalangan belia.

1. Obesiti

Pola pemakanan tidak sihat serta kurang aktiviti riadah adalah antara punca obesiti sehingga menyebabkan jantung tidak dapat menampung 'beban' sehingga memerlukan ia bekerja lebih kuat.

Lemak yang bekumpul di sekitar perut juga akan melepaskan zat-zat kimia yang menjadi penyebab radang dan membentuk plak di sekitar arteri sehingga menyebabkan darah tersumbat... Akibatnya? Serangan jantung!

2. Merokok di usia muda

Menerusi kajian perokok dalam lingkungan usia 25 hingga 44 tahun semakin meningkat dan sebatang rokok sebenarnya sudah cukup untuk meningkatkan risiko sebanyak 50 peratus seseorang terkena serangan jantung.

Lebih parah ramai menyangka berhenti merokok dan menggantikan dengan rokok elektronik mampu mengurangkan risiko itu namun hal sebaliknya berlaku.

3. Tekanan di usia muda

Tidak dinafikan di zaman teknologi hari ini ramai golongan muda terpaksa hidup dalam tekanan dan menurut kajian, kelompok yang berusia di antara 22 hingga 39 tahun paling tinggi mengalami tekanan.

Tekanan tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh menyebabkan radang kepada pembuluh darah ke jantung yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah pembuluh darah tersumbat.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan masalah darah tinggi.

4. Abai tanda-tanda dan risiko penyakit jantung

Tanda-tanda penyakit jantung sebenarnya mudah dikesan tetapi ramai mengabaikan amaran tersebut. Kebiasaannya petanda jantung anda bermasalah apabila mengalami mual dan sakit kepala berterusan, berpeluh dan tekanan di bahagian dada.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan