Sephora lancarkan produk K-beauty Olive Young ke SG mulai 2 Sep
Peminat K-beauty di Singapura kini boleh mendapatkan lebih banyak produk kecantikan Korea yang sedang popular apabila Sephora melancarkan Olive Young K-Beauty Edit pada Rabu (2 Sep).
Pilihan produk Sephora x Olive Young K-Beauty Edit. (Gambar: Sephora)
Pelancaran itu merupakan sebahagian daripada kerjasama global antara Sephora dengan Olive Young, peruncit produk kesihatan dan kecantikan terkemuka Korea Selatan.
Kerjasama tersebut dilancarkan di Amerika Syarikat pada Ogos sebelum diperluaskan ke Asia Tenggara.
Singapura, Malaysia dan Thailand merupakan antara pasaran pertama di rantau ini yang menawarkan pilihan tersebut.
Lebih 180 produk daripada lebih 20 jenama kecantikan Korea akan disediakan di kedai-kedai Sephora di ketiga-tiga negara itu.
Antara jenama yang ditawarkan di Singapura ialah Bioheal Boh, Torhop, Beplain, Ongredients, Make P:rem, Cell Fusion C, Rejuran dan Dr Althea.
PRODUK DIPILIH BERDASARKAN TREND KECANTIKAN KOREA
Produk-produk tersebut dipilih Olive Young berdasarkan trend kecantikan di Korea Selatan, pilihan pengguna dan prestasi produk.
Pengarah Urusan Sephora Asia Tenggara dan Oceania Kristina Strunz berkata para pengguna di rantau ini dapat mengetahui trend kecantikan yang muncul di Korea dengan hampir serta-merta dan semakin menjangkakan produk berkenaan boleh diperolehi dengan pantas.
Menurut Sephora, kerjasama itu membolehkan pengetahuan Olive Young mengenai trend kecantikan Korea digabungkan dengan pengalaman Sephora dalam memilih dan memperkenalkan produk kepada pelanggan.
Sephora Ion Orchard pula akan menjadi salah satu daripada tiga K-Beauty Discovery Launchpads di rantau ini.
Dua lagi terletak di Fahrenheit 88 di Kuala Lumpur dan Siam Center di Bangkok.
Ruang yang dibuka bagi tempoh terhad itu akan menawarkan pilihan produk mengikut trend, rutin kecantikan, pendidikan mengenai produk, sampel serta pengalaman interaktif.
PELBAGAI HADIAH UNTUK PELANGGAN
Pelanggan yang berbelanja S$65 bagi produk Sephora x Olive Young K-Beauty Edit akan menerima sebuah beg berpenebat eksklusif, selagi stok masih ada.
Tawaran itu boleh didapatkan di kedai-kedai Sephora serta menerusi aplikasi dan laman webnya.
Para pelanggan yang berbelanja S$40 di K-Beauty Discovery Launchpad di Ion Orchard pula boleh menerima sebuah beg kecil Tyvek, selagi stok masih ada.
Sumber: CNA
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.