Seoul lancar pusat panggilan 24 jam untuk warga kesunyian
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang lelaki berjalan sendirian di Seoul, Oktober 2024. (Gambar: ANTHONY WALLACE / AFP)
SEOUL: Korea Selatan akan melancarkan pusat panggilan sepanjang masa pada tahun depan untuk warganya yang berdepan dengan kesunyian dan hidup terasing.
Ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menangani masalah sosial yang semakin meningkat.
Pelan itu bertujuan untuk mewujudkan sebuah bandar di Seoul di mana "tiada siapa yang kesunyian" dengan menangani kesunyian secara sistematik pada peringkat awal, mencegah orang ramai daripada terjerumus ke dalam pengasingan sosial dan pengasingan diri, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai bandar raya itu pada Isnin (21 Okt).
Bagi menjayakan pelan tersebut, Seoul akan melabur 451.3 bilion won (AS$329.9 juta) dalam tempoh lima tahun, bermula dengan pelancaran pusat panggilan 24 jam yang dinamakan "Goodbye to Isolation 120", pada April tahun depan, untuk mereka yang berdepan dengan kesunyian.
Bandar raya itu juga akan mula mengendalikan Kedai Serbaneka Seoul di empat lokasi pada tahun depan, menyediakan ruang untuk sesiapa sahaja datang dan bergaul sambil menikmati Seoul Ramyeon, jenama yang dilancarkan oleh bandar raya itu.
"Kesunyian dan pengasingan adalah cabaran yang harus diselesaikan bersama dalam masyarakat. Kami akan menggerakkan semua kapasiti bandar untuk merealisasikan 'Seoul tanpa kesunyian'," kata Datuk Bandar Seoul, Oh Se Hoon.

Sumber : Bernama/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.