Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Senaman ringan boleh kurangkan risiko kemurungan

Anggaran Waktu Membaca:
Senaman ringan boleh kurangkan risiko kemurungan

(Gambar: Arek Adeoye/Unsplash)

KUALA LUMPUR: Masalah kesihatan mental bukan lagi isu 'taboo' atau larangan yang disorokkan dalam masyarakat.

Ramai yang sudah terbuka dan ‘celik’ minda untuk membincangkan masalah kesihatan yang semakin membarah pada masa kini, menurut portal Keluarga. 

Perkongsian ilmu daripada doktor-doktor pakar serta pesakit yang didiagnos oleh doktor membuka mata ramai orang supaya tidak lagi memandang remeh tentang isu kesihatan mental.

Kesedaran masyarakat yang semakin meningkat turut membantu para pesakit untuk lebih berani tampil berkongsi pengalaman masing-masing, menurut Keluarga. 

Untuk pengetahuan semua, kesihatan mental itu sendiri mempunyai pelbagai cabang dan perbezaannya.

Bukan semua orang mempunyai masalah mental yang sama, dan hanya doktor pakar saja yang boleh memeriksa dan membuat pengesahan jenis sakit mental yang dihadapi pesakit.

Menurut perkongsian Dr Rozanizam Zakaria, Pakar Psikiatri, Pensyarah, Penulis, Pendidik Kesihatan Mental dan Naib Presiden I-Medik, bila seseorang mula rasa murung, lesu, serabut dan tertekan, mulalah bersenam.

Ini kerana menurut fakta perubatan, aktiviti fizikal terutamanya senaman secara sederhana akan meningkatkan hormon-hormon seperti berikut:

Serotonin – memperbaiki mood
Dopamin – memperbaiki motivasi
Endorfin – mengurangkan kesakitan badan
Adrenalin – meningkatkan tenaga

Selain itu, menurut Dr Rozanizam lagi, senaman secara konsisten juga meningkatkan nama kimia otak neurotrofin yang berfungsi memperbaiki kerosakan dalam otak manusia.

Bahkan kajian yang dilakukan oleh Sekolah Kesihatan Awam turut menunjukkan berjalan kaki dan berlari secara kerap dapat mengurangkan sebanyak 26 peratus risiko masalah kemurungan.

Sumber : Sumber Web/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan