Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Segan' bergaya gara-gara perut buncit, ini cara mudah tanganinya

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Perut yang buncit dan menggeleber bukan sahaja menjejas penampilan anda. Malah, ia boleh 'membunuh' keyakinan diri.

Ia juga boleh membuat anda, khususnya golongan wanita, berasa 'segan' untuk bergaya mengikut trend fesyen terkini.

Usah mudah putus asa, impian untuk memiliki perut kempis boleh tercapai. Ia cukup mudah, murah dan berkesan jika diamalkan secara rutin setiap hari. Yang penting harus rajin dan jangan mudah mengalah! Cuba 11 cara berikut.

POSTUR TEGAK

Jika tubuh kerap membongkok ia boleh membuat bahagian bawah perut kelihatan lebih besar.

Untuk mengelakkan kebiasan ini, cuba kaedah menarik bahu ke belakang sementara dagu ditarik ke atas. Dengan cara ini ia dapat memberi postur yang lebih baik. Mudah, anda boleh lakukan secara kerap pada bila-bila masa setiap hari.

SENAMAN PERUT

Baring terlentang di atas lantai dan rehatkan kaki di kerusi. Cuba angkat kepala dan tubuh secara perlahan menghala ke hujung kaki dan ulang pergerakan itu perlahan-lahan. Ulang 10 hingga 12 kali dan cuba lakukannya tiga kali seminggu.

Selain itu anda juga boleh mencuba untuk baring di atas lantai dan letakkan tangan di sebelah tubuh. Cuba bengkokkan lutut anggaran 90 darjah. Angkat pinggul dari lantai dan cuba tahan beberapa saat sebelum menurunkannya. Ulang 10 kali dan lakukan tiga kali seminggu.

a
Gambar: Pexels

BENTUK GARIS PINGGANG

Baring terlentang, bengkokkan kedua belah lutut. Letakkan pergelangan kaki kanan di atas lutut kiri dan letakkan tangan di belakang leher. Kedua-dua siku harushlah ke arah sisi luar tubuh.

Kemudian angkat kepala dan punggung dan tahan beberapa minit kalau boleh dan turunkan tubuh ke posisi asal perlahan-lahan. Ulang 10 hingga 12 kali sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

BERJALAN KAKI

Berjalan pantas merupakan cara yang paling mudah dilakukan setiap hari. Luangkan masa 15 hingga 30 minit setiap hari untuk berjalan di taman berhampiran rumah anda atau bagi yang mempunyai lutut yang kuat bolehlah cuba untuk bermain lompat tali.

Jika melakukan aktiviti ini secara rutin, tanpa disedari tubuh akan tampil lebih sihat dan cantik.

Gambar: Pexels

MINUM AIR

Jangan malas untuk minum air jarang dan bagaimana nak tahu jika air yang diminum mencukupi?

Menurut satu kajian, setiap berat badan 25 kilogram memerlukan anggaran 1 liter air. Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu untuk tingkatkan metabolisme dan sekaligus menghapuskan toksin yang terperangkap dalam tubuh.

a
Gambar: Pexels
SARAPAN

Ia merupakan rutin asas penting yang tidak harus diabaikan. Tidak kira pada hari biasa atau hujung minggu, elakkan daripada keluar rumah dengan perut yang kosong tanpa mengambil sebarang makanan kerana ia boleh menjejas metabolisme tubuh lalu melambatkan proses pembakaran lemak.

Contohnya, buah-buahan seperti strawberi dan ceri dapat membantu menurunkan berat badan.

BAWANG PUTIH

Ramai yang pasti sudah pun tahu tentang kebaikan bawang putih.

Antaranya, ia merupakan makanan yang paling berkesan untuk turunkan berat badan. Kunyah 2 hingga 3 ulas bawang putih mentah setiap hari, sebaik-baiknya pada sebelah pagi.

Kemudian minum segelas air suam dengan hirisan lemon. Ia dikatakan dapat menggandakan proses untuk turunkan berat badan selain membantu untuk lancarkan peredaran darah.
Gambar: Pexels

LEMON

Antara cara yang paling baik dan berkesan untuk menghapuskan lemak pada bahagian perut ialah dengan memulakan hari anda dengan jus lemon. Mudah dilakukan, perahkan lemon ke dalam segelas air suam dan letakkan sedikit garam. Menurut kajian, jus lemon dapat meningkatkan metabolisme tubuh selain mencegah perut menjadi buncit.

a

KURANGKAN NASI

Jika anda seorang yang gemar menikmati nasi, cuba sekatkan pengambilannya dari satu pinggan ke setengah pinggan. Elak makan keterlaluan dan berhenti sebelum kenyang.

Untuk memudahkan anda, cuba gunakan mangkuk atau pinggan yang kecil bila ingin mengisi nasi.

a

ELAK MAKAN SEBELUM TIDUR

Walaupun ramai yang tahu ia boleh menjadi punca kegemukan, tapi ternyata ia bukan halangan. Anda mungkin bertanggapan sekali sekala apa salahnya dan tidak akan menjadi gemuk dengan sekali makan.

Benar anda tidak akan menjadi gemuk semalaman. Tapi jika tabiat itu tidak diubah, ia pasti akan menjadi tabiat yang berterusan.

Jika makan terlalu lewat, makanan sukar hadam dan ia akan menjadi punca kegemukan. Oleh itu, pastikan perut dapat direhatkan anggaran 2 hingga 3 jam sebelum tidur malam.

Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan