Sebelum anda beli Apple Watch baru, ini buruk baiknya...
Versi terbaru jam tangan Apple Watch bakal dilengkapi dengan aplikasi yang berupaya memantau degupan jantung yang boleh melakukan ujian elektrokardiogram.
WASHINGTON: Versi terbaru jam tangan Apple Watch bakal dilengkapi dengan aplikasi yang berupaya memantau degupan jantung yang boleh melakukan ujian elektrokardiogram.
Berita itu disambut baik dan dianggap sebagai satu kemajuan dalam bidang kesihatan. Presiden Persatuan Jantung Amerika juga turut serta di pelancaran produk tersebut.
Bagi mendapatkan respons yang lebih terkawal, adalah baik untuk meninjau sebarang risiko dan ternyata, ia mempunyai beberapa risiko.
Menurut laporan USAToday, jam tangan Apple watch baru itu mempunyai dua manfaat.
Pertama, ia membolehkan para doktor untuk memantau keadaan para pesakit yang mengalami masalah jantung di luar klinik. Kedua, alat itu juga membolehkan para doktor untuk mendiagnosis individu yang mungkin mengalami masalah jantung dengan mengesan lebih awal lagi degupan jantung yang tidak normal.
Oleh kerana alat itu membolehkan para doktor untuk memantau keadaan pesakit, Jabatan Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat "meluluskan" aplikasi berkenaan. Namun, ia menegaskan bahawa para individu yang didiagnosis dengan pemfibrilan atrium - iaitu sejenis aritmia jantung - tidak sepatutnya menggunakan aplikasi tersebut.
Jika begitu, alat tersebut berpotensi mengesan aritmia dalam kalangan indivu yang sihat - dan ini merupakan satu faktor pelaris yang besar. Menurut USAToday, keupayaan untuk mengesan aritmia jantung yang tidak normal dengan lebih awal mungkin dapat meningkatkan kesihatan, seperti mengurangkan risiko angin ahmar.
Sungguhpun demikian, tiada satu pun ujian kesihatan yang benar-benar sempurna.
Secara amnya, mereka yang mengalami masalah kesihatan seharusnya menerima hasil ujian positif dan mereka yang sihat pula, wajar mendapat hasil ujian negatif.
Bagaimanapun kadangkalanya, mereka yang sakit mungkin menerima keputusan negatif (juga dikenali sebagai negatif palsu) dan mereka yang sihat mungkin menerima keputusan positif (juga dikenali sebagai positif palsu).
Kedua-dua keputusan itu sememangnya membimbangkan. Hasil ujian yang berbentuk negatif palsu boleh memberi jaminan yang salah kepada seseorang yang memerlukan bantuan perubatan. Namun, hanya segelintir saja individu yang mempunyai masalah aritmia jantung yang tidak menunjukkan sebarang tanda, ini bukanlah satu keprihatinan yang besar.
Namun demikian, positif palsu adalah satu keprihatinan kerana ia memakan masa dan memerlukan wang selain menyebabkan tekanan emosi.
Selain itu, mereka yang membeli jam tangan Apple terbaru itu mungkin lebih muda, sihat, mewah dan lebih arif tentang sistem jangaan kesihatan. Mereka juga mungkin tidak didiagnosis mengalami masalah kesihatan.
Ini merupakan salah satu masalah utama menggunakan alat sedemikian, lapor USAToday. Malangnya, mereka yang benar-benar memerlukannya atau mungkin meraih manfaat daripada ujian jantung dan pengawasan secara online melalui alat itu mungkin tidak akan membelinya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.