Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Scoot lancar penerbangan langsung ke Tokyo; sambung semula laluan Osaka

Jepun akhirnya melonggarkan beberapa sekatan perjalanan untuk membenarkan pelancong bercuti di negara itu, namun dalam kumpulan pelancongan yang teratur.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jepun akhirnya melonggarkan beberapa sekatan perjalanan untuk membenarkan pelancong bercuti di negara itu, namun dalam kumpulan pelancongan yang teratur.

Jika anda berhasrat untuk melancong ke negara yang diberi julukan negara matahari terbit itu tetapi hanya memperuntukkan jumlah tertentu wang untuk dibelanjakan, mungkin anda boleh mempertimbangkan penerbangan Scoot.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu melancarkan penjualan tiket bagi penerbangan tanpa henti ke Tokyo dan Osaka.

Penerbangan langsung ke Tokyo adalah laluan baru kerana sebelum ini, Scoot membuat penerbangan ke ibu kota Jepun itu dengan membuat persinggahan di Taipei dan Bangkok.

Sementara itu, penerbangan ke Osaka pula menandakan penyambungan semula perkhidmatan Scoot sejak pandemik melanda.

Jadual penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Narita di Tokyo akan bermula dari 1 Ogos tetapi tiket-tiket sudahpun dijual.

Anda boleh menjangkakan untuk membayar dari S$263, termasuk cukai, untuk penerbangan sehala.

Penerbangan beroperasi setiap hari, dengan kedua-dua laluan dikendalikan oleh pesawat Boeing 787 Dreamliners syarikat itu.

Baru-baru ini, Scoot melancarkan penerbangan langsung ke Jeju di Korea Selatan.

Laluan penerbangan selama enam jam itu akan beroperasi tiga kali seminggu bermula 15 Jun.

Harga tiket penerbangan bagi laluan Singapura ke Jeju bermula dari S$300, termasuk cukai, untuk penerbangan sehala.

Penerbangan dikendalikan oleh pesawat Airbus A321neo Scoot.

Anda boleh memeriksa jadual penerbangan yang dikemas kini di sini.
Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan