Scoot akan lancar penerbangan ke Okinawa, Tokyo Haneda dan Chiang Rai seawal Dis 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ini berita baik bagi mereka yang ingin mula merancang percutian pada harga berpatutan menjelang Disember ini.
Syarikat penerbangan tambang jimat Scoot mengumumkan pada Selasa (12 Ogos) bahawa ia akan melancarkan penerbangan ke tiga destinasi baharu dari Disember tahun ini hingga Mac tahun depan ke Okinawa, Chiang Rai dan Tokyo (Haneda).
Penerbangan ke Okinawa akan menjadi yang pertama untuk dilancarkan, yang akan berangkat pada 15 Disember, tiga kali seminggu.
Tambang kelas ekonomi sehala ke wilayah Jepun itu bermula daripada S$190, termasuk cukai.
Mereka yang gemar melancong dan ingin menikmati keindahan di Chiang Rai dengan Scoot boleh berbuat demikian mulai 1 Jan tahun depan.
Penerbangan ke bandar Thailand itu akan beroperasi lima kali seminggu dan tambang kelas ekonomi sehala akan bermula dari S$128.
Mulai 1 Mac, penumpang Scoot yang mahu ke Tokyo akhirnya boleh memilih untuk mendarat di Lapangan Terbang Haneda kerana syarikat penerbangan itu akan melancarkan penerbangan setiap hari ke sana.
Sama seperti Okinawa, tambang kelas ekonomi sehala ke Tokyo (Haneda) akan bermula pada S$190.
Penerbangan ke ketiga-tiga destinasi kini disediakan bagi tempahan melalui laman Scoot.
Scoot juga mengumumkan bahawa ia akan menambah kekerapan penerbangan bagi semua destinasi untuk memenuhi permintaan semasa musim cuti yang akan datang.
Misalnya, penerbangan ke Bangkok akan ditambah daripada 35 kepada 39 kali seminggu mulai bulan ini manakala penerbangan ke Jeju akan meningkat daripada lima hingga tujuh kali seminggu mulai Januari 2026.
Dalam kenyataannya, Leslie Thng, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Scoot, berkata: "Kami sangat teruja untuk memperluaskan rangkaian Scoot di Asia dengan laluan baharu ke Chiang Rai, Okinawa dan Tokyo (Haneda), menawarkan pelanggan kami lebih banyak pilihan perjalanan.
"Selain itu, pertambahan khidmat kami yang akan datang ke beberapa bandar akan menyokong permintaan yang lebih kukuh untuk perjalanan udara semasa tempoh cuti hujung tahun dan tahun baharu.
"Kami akan terus mencari peluang untuk menghubungkan pelanggan kami dengan pengalaman perjalanan baharu dan perjalanan yang tidak dapat dilupakan bersama Scoot."

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.