Skip to main content

Gaya Hidup

Sayangkan bateri telefon bimbit; jangan caj semalaman

Telefon pintar sudah menjadi sebahagian penting kehidupan manusia - baik yang muda mahupun yang tua. Setiap masa ia berada dalam tangan. Setiap mana mata tertumpu kepadanya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Telefon pintar sudah menjadi sebahagian penting kehidupan manusia - baik yang muda mahupun yang tua. Setiap masa ia berada dalam tangan. Setiap mana mata tertumpu kepadanya.

Jika telefon tertinggal di rumah, rosak atau hilang pasti rasa seperti ada yang tidak kena dan janggal!

Satu faktor penting untuk membolehkan kita terus menerus mengunakan telefon bimbit sudah tentu baterinya. 

Hayat bateri yang panjang sangat penting. Manakan tidak, telefon bimbit digunakan untuk pelbagai perkara termasuk melungsur internet, menonton TikTok, Instagram dan sebagainya.

Related article image
(Gambar: Pexels)

Tidak kira jenama dan model, setiap penggunaan telefon pintar banyak bergantung kepada bateri yang perlu dicas. Lazimnya setelah sehari suntuk menggunakannya, bila tiba waktu malam pasti ramai yang mengamalkan untuk mengecas telefon semasa waktu tidur dan dijadikan sebagai rutin seharian.

Ramai yang gemar dan memilih waktu malam untuk mengecas telefon masing-masing kerana mendapatinya lebih mudah sebab waktu itu anda sedang dibuai mimpi indah dan tidak akan menggunakan telefon bimbit. Tapi, pernahkah anda terfikir sama ada tabiat ini baik dan selamat untuk diri anda?  

Tanpa disedari ramai, tindakan rutin seperti itu sebenarnya tidak baik untuk kesihatan bateri dalam jangka panjang. Menurut kajian, amalan mengecas telefon bimbit pada waktu yang panjang semasa tidur boleh menjejas prestasi bateri dengan cepat.  
 
Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan pengecas bebas wayar atau 'wireless charger'. Apabila bateri sudah dicaj sehingga 100 peratus, perasan atau tidak angkanya akan terus kekal?

Jika melakukannya secara rutin, lambat-laun ia akan menjejas kesihatan hayat bateri itu.

Related article image
(Gambar: Pexels)

Ada juga sesetengah telefon pintar yang akan berhenti mengecas apabila ia sudah mencapai tahap maksimum. Selalunya telefon jenis ini memerlukan waktu yang lebih singkat anggaran kurang satu jam sahaja untuk pengecasan penuh. 

Apa juga jenis telefon pintar yang digunakan, pastikan untuk tidak membiarkan telefon yang sudah penuh dicas pada alat pengecasnya.
 
Selalunya apabila bateri telefon sudah dicas penuh ia akan berhenti secara automatik. Tapi ia tidak akan terus kekal pada keadaan begitu. Jika membiarkannya untuk dicas terlalu lama kesihatan bateri akan menurun dan mudah rosak. 

Agar bateri telefon dapat bertahan lama dan lebih lasak, pastikan untuk mengamalkan cara caj yang tepat.

CARA PALING BERKESAN CAJ TELEFON BIMBIT

Jika ingin selamatkan bateri telefon anda daripada cepat rosak, pastikan untuk mencabutnya segera setelah ia mencapai 100% dan elakkan daripada mengecasnya sepanjang malam. Sekiranya tiada pilihan lain, anda masih boleh mengecasnya sewaktu tidur, tapi pastikan untuk mematikan suis dan alihkan telefon bimbit daripada pengecasnya. Jika dibiarkan, pelbagai masalah yang tidak diingini boleh berlaku.

Antaranya, telefon yang dicas berlebihan boleh menyebabkan telefon menjadi panas.

Related article image
(Gambar: Pexels)

Para pakar menyarankan salah satu cara untuk mengurangkan suhu panas tersebut adalah dengan mencabut terlebih dahulu sarung pelindung telefon sebelum mengecas.

Selain itu pastikan juga untuk menggunakan kabel yang baik kerana ia memainkan peranan penting semasa proses pengecasan telefon. Pastikan kabel yang digunakan mempunyai sijil keselamatan. 

JAUHKAN TELEFON BIMBIT DARI 3 TEMPAT INI
 
1. Bawah bantal

Ramai yang gemar atau mempunyai tabiat untuk meletakkan telefon pintar mereka di bawah bantal semasa tidur. Alasannya agar dapat mendengar bunyi loceng jam pagi. 

Namun, tahukah anda cara ini boleh menaikkan suhu dan mengundang risiko kebakaran. Selain itu, lampu LED telefon juga boleh menjejas mutu tidur. Jadi sebelum tidur, pastikan untuk meletak telefon jauh daripada bantal.   

2. Tandas

Ini bagi yang mempunyai kebiasaan untuk membelek telefon ketika di dalam tandas.

Jika anda terdiri dalam golongan ini, cuba hentikan tabiat buruk ini. Ia dapat bantu menghalang bakteria daripada melekat dan menumpang pada skrin telefon sebelum hinggap ke tangan. 

Jika daya ketahanan tubuh tidak baik, bakteria boleh membahayakan manusia sehingga berlakunya cirit-birit dan sebagainya.   

3. Poket dan kocek

Elakkan daripada menyimpan telefon pintar anda dalam kocek pakaian seperti seluar dan skirt. 

Menurut  pakar, radiasi telefon bimbit yang diletakkan dalam kocek akan meningkat berkali ganda. Lebih-lebih lagi jika ia disimpan dalam keadaan aktif. Jika tabiat ini berterusan ia boleh mengundang penyakit seperti tumbuhan tumor selain menurunkan tingkat kesuburan bagi golongan jejaka.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita