Skip to main content

Gaya Hidup

Sarawak anjur pameran pertama mumia Mesir di Asia Tenggara pada Jul 2027

Anggaran Waktu Membaca:
Sarawak anjur pameran pertama mumia Mesir di Asia Tenggara pada Jul 2027

Gambar hiasan mumia. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 20 Oct 2026 05:59PM
Sarawak to host Southeast Asia’s first Egyptian mummy exhibition in July 2027
  • Sarawak will host the “Egyptian Mummies: Journey Towards Immortality” exhibition at the Borneo Cultures Museum for six months from July next year.
  • The exhibition from the National Archaeological Museum of Florence will feature artefacts and real human remains more than 5,000 years old, in a first for Southeast Asia.
  • Abdul Karim Rahman Hamzah said the Sarawak Museum Department’s collaboration with museums around the world reflected the agency’s capabilities, while the long duration made the effort of bringing in the artefacts more worthwhile and offered a new attraction.
  • From January to September 2025, Sarawak recorded 3.52 million arrivals and RM9 billion in tourism revenue. Brunei and Indonesia accounted for 46.5 per cent, followed by other primary markets, including Singapore, the Philippines and Thailand.
Dijana oleh AI
KUCHING: Sarawak akan menjadi lokasi pameran antarabangsa berskala besar yang menampilkan artifak serta jasad manusia sebenar berusia lebih 5,000 tahun dari Muzium Arkeologi Kebangsaan Florence, Itali tahun depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pameran eksklusif 'Egyptian Mummies: Journey Towards Immortality' akan diadakan di Muzium Budaya Borneo (BCM) selama enam bulan bermula Julai tahun depan.

“Ia merupakan kali pertama pameran seumpama ini diadakan di Asia Tenggara… selalunya pameran-pameran macam ini dengan muzium, kolaborasi, biasanya akan berlangsung dalam tempoh agak panjang.

“Kerana nak membawa benda itu (artifak) sudah berapa susah dan kalau nak buat untuk satu bulan, tidak berbaloi. Jadi, kita akan adakan selama enam bulan dan ia bakal menjadi tarikan baharu kepada penduduk tempatan,” katanya kepada para wartawan selepas menggulung perbahasan bagi kementeriannya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.

Encik Abdul Karim berkata kejayaan Jabatan Muzium Sarawak membawa pameran bertaraf antarabangsa itu mencerminkan keupayaan dan pendekatan proaktif agensi berkenaan dalam menjalin kerjasama strategik dengan muzium terkemuka dunia.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan, beliau berkata sektor pelancongan Sarawak terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan merekodkan 3.52 juta ketibaan pelawat serta menjana RM9 bilion (S$2.8 bilion) hasil pelancongan bagi tempoh Januari hingga September 2025.

“ASEAN kekal sebagai pasaran utama kita dengan Brunei dan Indonesia merangkumi 46.5 peratus daripada jumlah ketibaan pelawat, manakala Singapura, Filipina dan Thailand turut menjadi penyumbang utama,” katanya lagi.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita