Santan AirAsia tawarkan combo makanan dalam penerbangan pada harga kurang S$3
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AirAsia)
KUALA LUMPUR: Santan AirAsia melancarkan Santan Value Combo yang baharu, menawarkan pelbagai hidangan panas yang menarik bermula daripada serendah RM10 (S$2.89).
Ketua Pegawai Eksekutif Santan Catherine Goh berkata tawaran itu menunjukkan komitmennya untuk menyediakan makanan yang enak, kopi yang sedap dan nilai yang baik kepada para penumpang AirAsia tanpa menjejaskan kualiti dan rasa makanan.
Santan merupakan cabang katering Capital A Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai AsiaAsia Group Bhd.
“Kami percaya pengalaman menjamu selera di dalam pesawat perlu menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan kami berbangga untuk memperkenalkan pilihan inovatif yang tidak tersedia di mana-mana syarikat penerbangan lain setakat ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu (31 Jul).
Sajian makanan itu disediakan untuk para penumpang AirAsia dan AirAsia X.
“Santan sentiasa meningkatkan pengalaman menjamu selera di dalam pesawat dengan pilihan menu baharu,” katanya.
Penumpang yang membuat tempahan awal Santan Combo Meals akan mendapat nilai yang lebih baik untuk wang mereka dan akan mendapat keutamaan bagi sajian ini.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.