Sanggup beratur hingga 5 jam gara-gara beg percuma Texas Chicken
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TikTok/singaporebeauty, usman26waw
SINGAPURA: Beg berbentuk ayam daripada Texas Chicken menjadi tular di media sosial apabila rangkaian makanan segera di Singapura itu memberikan beg tersebut secara percuma pada Ahad (16 Apr) dengan setiap pembelian sajian kombo sempena ulang tahunnya yang ke-13 pada harga S$13.90
Ramai yang dilihat beratur panjang di beberapa cawangan Texas Chicken di merata negara, sekali gus mengukuhkan lagi stereotaip bahawa rakyat Singapura jelas gemar beratur.
Seorang pengguna TikTok mendakwa di sebuah cawangan Texas Chicken, orang ramai beratur sehingga empat hingga lima jam.
Beberapa pelanggan bagaimanapun terpaksa pulang dengan tangan kosong dek beg ayam yang kehabisan stok.
Dalam satu lagi video, seorang pengguna TikTok berkata beg tersebut habis ditebus pada jam 11.00 pagi di cawangan Seletar Mall, tiga jam selepas cawangan itu dibuka pada 8.00 pagi.
Netizen meluahkan rasa bingung melihat barisan panjang gara-gara untuk memperolehi beg ayam itu.
Meninjau di ruang komen, seorang netizen berkata: "Orang ramai beratur lima jam untuk dapatkan ayam itu?"
Seorang lagi buat ramalan: "Pastinya kebanyakan beg ayam itu akan dijual di Carousell pada harga tidak masuk akal."
Ternyata, beg ayam itu dipaparkan pada laman jualan online Carousell dengan harga setinggi hampir S$700 selepas diperiksa BERITAmediacorp. Beg tersebut juga ditawarkan pada harga antara S$15 dan S$60.
Bagi mereka yang terlepas peluang mendapatkan beg tersebut, ia juga boleh dibeli di laman jualan seperti Taobao atau Shopee pada harga sekitar S$7.

Sumber : Today/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.