Sanggup bayar S$2,700 untuk semangkuk sup?
Sanggupkah anda berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk semangkuk sup?
Harga sup mi daging haozhonghao. (Gambar: @emporiumoftings/Facebook)
HEBEI: Sanggupkah anda berbelanja ribuan ringgit semata-mata untuk semangkuk sup?
Restoran Niu Gengtian yang terletak di Shi-Jia-Zhuang di wilayah Hebei di China mendapat perhatian netizen kerana menjual hidangan 'sup mi daging haozhonghao' berharga 13,800 yuan (S$2,755).
Media tempatan di China melaporkan bahawa sajian istimewa itu disediakan dengan menggunakan 12 bahan - empat dari langit, empat dari tanah dan empat dari laut - yang sangat mahal.
Malah, portal berita Astro Awani difahamkan bahawa seramai 12 cef diperlukan untuk menyediakan sup itu dan pesanan mesti dibuat sebulan lebih awal supaya semua ramuan yang diperlukan dapat disediakan dengan lebih awal.
Sup haozhonghao, menurut Astro Awani, ditambahkan ke dalam menu restoran itu enam bulan lalu, dan sejak itu hanya empat mangkuk sup dijual kepada pelanggan.
Astro Awani melaporkan bahawa para netizen mula menjadikan hidangan sup itu sebagai jenaka dengan harganya yang lebih mahal berbanding seekor lembu.
Sup daging kedua termahal pula dijual di Restoran Niu Ba Ba di Taiwan dengan harga 2,252 yuan (S$449.50).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.