Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Salun kecantikan ini tawarkan promosi khidmat gunting rambut S$3 khas buat pekerja barisan hadapan

Lewat kebelakangan itu, kita sering dengar atau melihat promosi khas ditawarkan oleh kedai-kedai makanan dan minuman (F&B) khusus buat para pekerja barisan hadapan, sebagai cara ia memberikan penghargaan kepada kumpulan adiwira itu dalam semangat mereka melawan virus korona COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Salun kecantikan ini tawarkan promosi khidmat gunting rambut S$3 khas buat pekerja barisan hadapan

Khidmat gunting rambut pada harga S$3 saja di Melon Beauty Salon jika anda seorang kakitangan barisan hadapan.

Diterbitkan : 13 Apr 2020 09:48PM Dikemas Kini : 13 Apr 2020 09:49PM

SINGAPURA: Lewat kebelakangan itu, kita sering dengar atau melihat promosi khas ditawarkan oleh kedai-kedai makanan dan minuman (F&B) khusus buat para pekerja barisan hadapan, sebagai cara ia memberikan penghargaan kepada kumpulan adiwira itu dalam semangat mereka melawan virus korona COVID-19.

Dalam tujuan yang sama, satu lagi jenis perniagaan - sebuah salun kecantikan - juga mengikut langkah serupa.

Sebuah salun kecantikan, terletak di kawasan estet kejiranan Serangoon, meluaskan khidmat gunting rambut yang murah kepada golongan pekerja penting ini di Singapura yang berjuang di barisan hadapan untuk menentang COVID-19.

Jadi, jika anda seorang kakitangan jagaan kesihatan, pekerja penghantaran makanan atau drebar teksi mahupun pemandu kereta sewa privet - tawaran istimewa itu khas buat anda.

Melon Beauty Salon di Upper Serangoon Road akan menggunting rambut anda pada harga S$3 sahaja!

Anda hanya perlu membawa dokumen atau kad pengesahan yang membuktikananda bekerja di salah satu industri tersebut sebelum boleh menikmati khidmat potong rambut pada harga promosi S$3 itu, dari Isnin hingga Jumaat.

Untuk pengetahuan anda, harga biasa bagi khidmat gunting rambut di salun kecantikan Melon itu adalah antara S$10 hingga S$29.

Sebagai langkah berjaga-jaga semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19, salun kecantikan itu akan memeriksa suhu badan setiap pelanggan dan menyediakan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan mereka. Selain itu, ia juga memberi jaminan bahawa semua pendandan rambutnya akan memakai pelitup manakala peralatan di salun tersebut juga akan dibersihkan dengan cecair basmi kuman dengan kerap.

Melon Beauty Salon terletak di 1187 Upper Serangoon Rd, #01-52, MidTown Condo. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan