Sakit belakang berpanjangan mungkin petanda barah buah pinggang
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Sakit pinggang berlanjutan sehingga lebih sebulan tidak boleh lagi dianggap sakit biasa kerana ia adalah antara simptom barah buah pinggang.
Jika gagal dikesan awal sel barah boleh merebak ke seluruh anggota badan serta boleh menyebabkan maut, k ata pakar perunding kanan Onkologi dan Radioterapi (Kanser) Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Aminudin Rahman Mohd Mydin, seperti dinukil BH Online.
Namun, dengan teknologi terkini dan pelbagai jenis rawatan mampu menyembuhkan penyakit itu sepenuhnya bergantung kepada tahap barah.
Dr Aminudin berkata buah pinggang adalah organ di bahagian belakang perut yang menapis bahan toksin dalam badan, dan sel dalam organ berkenaan boleh tumbuh di luar kawalan, seterusnya membentuk barah terutama di bahagian saluran kecil kencing, lapor BH Online.
"Punca utama barah masih tidak diketahui kerana kebanyakan pesakit hanya sedar menghidap barah selepas kebetulan menjalani ujian saringan.
"Bagaimanapun, terdapat pelbagai simptom lain, selain sakit pinggang berlarutan antaranya kencing berdarah, keletihan berpanjangan dan demam," katanya.
BUAT PEMERIKSAAN AWAL
Barah buah pinggang kurang dikesan di peringkat awal kerana gejalanya agak lazim seperti barah atau penyakit lain.
Justeru, jika ada gejala itu atau rasakan ada yang tidak kena pada organ perlu menjalani ujian saringan, imbasan atau ultrasound.
Katanya, punca barah merebak adalah disebabkan kegagalan mendapatkan pengesanan lebih awal.
"Mencegah lebih baik daripada mengubati, tetapi apabila membabitkan barah, pengesanan awal lebih baik kerana dapat membantu penyembuhan.
"Dalam keadaan sekarang, sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit barah. Dulu hanya berusia lebih 60 tahun, kini golongan berusia 30 sehingga 40 tahun juga mendapat barah ini," katanya
Dr Aminudin menegaskan, barah buah pinggang boleh berlaku disebabkan keadaan persekitaran, pemakanan tidak sihat dan kerana gagal amalkan penjagaan kesihatan seperti tidak bersenam.
Faktor lain termasuk usia, merokok, obesiti, tekanan darah tinggi, sejarah keluarga, faktor genetik serta dialisis untuk tempoh yang panjang dan pengambilan ubat Paracetamol berlebihan.
"Jika ada gejala seperti kencing berdarah, jumpa pakar urologi untuk pemeriksaan terperinci termasuk buah pinggang sehingga pundi kencing.
"Pemeriksaan lain seperti ujian darah, imbasan, ultrasound, imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) dan terkini PET CT Scan.
"Apabila ujian menemui ketumbuhan, biopsi mungkin dilakukan untuk mengambil sampel sebelum mengesyorkan sebarang rawatan," katanya.
RAWATAN SESUAI RAWAT BARAH
Dr Aminudin berkata, jika ketumbuhan bersaiz kecil, iaitu masih di tahap satu hingga tiga, pembedahan buah pinggang separa boleh dilakukan dengan membuang ketumbuhan bersama separa buah pinggang terbabit.
Saiz buah pinggang yang perlu dibuang bergantung kepada saiz ketumbuhan itu sendiri dan baki buah pinggang yang tinggal masih dapat berfungsi seperti biasa.
"Bagi ketumbuhan yang sudah di peringkat empat dan sudah merebak, rawatan pembedahan tidak lagi berkesan dan ketika ini pesakit akan dirujuk kepada pakar onkologi untuk rawatan perubatan serta radioterapi.
"Sebelum ini, jika sudah berada di tahap ini, pesakit tiada pilihan selain akur dengan tempoh jangka hayat antara enam bulan sehingga setahun kerana rawatan kemoterapi sudah tidak berkesan," katanya.
Dengan teknologi terkini dan kajian mendalam, pesakit di tahap empat masih boleh sembuh dengan rawatan ubat dikenali sebagai terapi target, iaitu penggunaan ubat bagi menghentikan penyebaran sel barah, lapor BH Online.
Ubat itu dalam bentuk pil dan suntikan mampu membantu menghentikan dan mematikan sel barah buah pinggang.
"Ada banyak jenis ubat berkesan untuk rawatan jenis terapi target bagi memastikan keberkesanannya," katanya.
ELAKKAN GUNA KAEDAH RAWATAN ALTERNATIF
Ada rawatan terkini, iaitu immunotherapy iaitu suntikan yang mampu membunuh sel barah menerusi sistem imun dalam badan.
"Stereotactic Body Radiation Therapy (SBRT) pula, membantu menyembuhkan dengan mematikan sel barah pada bahagian tertentu menggunakan sinar X," katanya.
Pesakit di tahap satu hingga tiga boleh bebas daripada barah selepas menjalani rawatan, pembedahan buah pinggang. Untuk pesakit di tahap empat, rawatan perubatan berterusan dan radioterapi, barah boleh dikawal selama yang mungkin.
Ada pesakit selepas tahu hidap barah mereka enggan menjalani rawatan di hospital kerana mahu guna alternatif banyak dipromosikan termasuk di media sosial.
"Selepas barah merebak dan semakin teruk, mereka akan kembali ke hospital mendapatkan rawatan.
"Ini tidak sepatutnya berlaku. Kira-kira 30 peratus pesakit barah dikesan gagal meneruskan rawatan di hospital kerana disyaki mendapatkan rawatan alternatif.
"Kurang kesedaran menyebabkan pesakit yang masih boleh dirawat mungkin gagal sembuh," katanya.
Berdasarkan pengalamannya, pada 2018 ada pesakitnya berusia awal 50-an yang disahkan menghidap barah buah pinggang di tahap empat sudah merebak sehingga ke paru-paru, tulang belakang dan otak.
Dengan pelbagai rawatan, kini pesakit dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
"Sebaik disahkan mendapat barah, jalani rawatan terapi target dan kini masih meneruskan rawatan secara kombinasi dengan immunotherapy.
"Pesakit itu turut menjalani Stereotactic Radiosurgery (SRS) untuk kanser buah pinggang yang merebak ke otak dan SBRT untuk barah di buah pinggang kanan, tulang belakang dan paru-paru," katanya.
Kini selepas hampir empat tahun walaupun masih menjalani rawatan berterusan namun keadaan barah terkawal dan sudah hampir pulih sepenuhnya
Justeru katanya, penjagaan kesihatan secara umum perlu diamalkan termasuk memastikan mengamalkan gaya hidup sihat, bersenam dan makan makanan seimbang dan berkhasiat.
Makan ubat seperti ubat tahan sakit secara berlebihan atau untuk jangka masa panjang secara berlebihan tidak baik untuk kesihatan buah pinggang.
"Oleh itu, saya amat berharap orang ramai jalani ujian saringan secara berkala bagi mengesan lebih awal penyakit termasuk barah buah pinggang sukar dikesan," katanya.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.