Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Saintis NTU reka bateri dijana peluh untuk peranti dipakai

Bateri yang dijana peluh?

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis NTU reka bateri dijana peluh untuk peranti dipakai

Ahli-ahli sains NTU berjaya mereka bateri dijana oleh peluh untuk peranti dipakai. (Gambat: NTU)

Diterbitkan : 16 Aug 2021 09:04PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 09:09PM

SINGAPURA: Bateri yang dijana peluh?

Saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjaya mereka bateri sedemikian yang mampu menjana cukup tenaga untuk menghidupkan sensor pengesan suhu komersil.

Bateri prototaip yang berukuran 2 sentimeter panjang dengan 2 sentimeter lebar itu hanya memerlukan 2 mililiter peluh untuk membekalkan tenaga sehingga 20 jam.

Ia direka untuk digunakan bersama peranti yang dipakai seperti jam tangan dan sensor kesihatan. Bateri berkenaan juga tidak perlu dicas.

Malah, Profesor Lee Pooi See yang memimpin kajian itu memberitahu wartawan di satu taklimat media pada Isnin (16 Ogos) bahawa peranti tersebut turut berciri mampan kerana tidak mengandungi logam berat atau bahan kimia toksik lantas mengurangkan sisa elektroknik berbahaya.

Anggota pasukan kajian yang lain termasuk Dr Lyu Jian dan Dr Gurunathan Thangavel dari Sekolah Bahan Sains dan Kejuruteraan NTU. Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Science Advances pada Julai.

Bateri yang dijana peluh. (Gambar: NTU)

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Apabila peluh menyentuh bateri, ia meningkatkan tahap aliran elektrik pada kepingan perak dalam bateri itu lantas menggerakkan arus elektrik.

Oleh sebab tekstil memberi yang digunakan mudah menyerap cecair, ia menakung peluh lantas membolehkan bateri untuk terus dijana kuasa meskipun kadar peluh tidak konsisten.

Ini penting kerana peluh yang dikeluarkan seseorang berbeza-beza dan bergantung kepada faktor-faktor seperti saiz tubuh, keadaan sekitaran dan waktu, tambah NTU.

Permohonan paten bagi bateri yang dijana oleh peluh itu sudahpun difailkan melalui syarikat perusahaan dan inovasi universiti tersebut, NTUitive.

Para penyelidik merancang untuk meneroka dengan lebih lanjut kesan komponen lain dalam peluh manusia dan bagaimana faktor lain seperti haba badan mungkin boleh menjejas prestasi bateri, tambah NTU.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan