Skip to main content

Gaya Hidup

Saintis minta derma najis untuk penyelidikan

Saintis Belgium memerlukan sumbangan najis daripada orang ramai untuk membantu penyelidikan mengenai pelbagai penyakit daripada gangguan usus dan alahan kepada penyakit saraf.

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis minta derma najis untuk penyelidikan

Kajian menggunakan najis dilakukan dalam makmal. (Gambar: Eric Vidal/ Reuters)

Diterbitkan : 25 Aug 2018 04:29PM Dikemas Kini : 25 Aug 2018 04:33PM

BRUSSELS: Saintis Belgium memerlukan sumbangan najis daripada orang ramai untuk membantu penyelidikan mengenai pelbagai penyakit daripada gangguan usus dan alahan kepada penyakit saraf.

Di hospital Universiti Ghent, penyelidik menjalankan prosedur pemindahan mikrobiota najis ke atas pesakit.

Mereka mengeluarkan mikrobiota baik, iaitu organisme halus yang tinggal dalam usus besar daripada penderma untuk dipindahkan kepada pesakit dengan harapan menambah bakteria yang baik dalam usus mereka.

“Bagaimana mencari penderma? Ia bukan mudah. Orang ramai tidak selalunya mahu menderma najis mereka.

“Ia juga sesuatu yang sukar untuk dibincangkan tetapi kami memulakan kempen ini dalam akhbar di Flanders,” kata penyelidik bioperubatan, Hannelore Hamerlinck.

Selain gangguan usus, najis mungkin terbukti menjadi aset dalam penemuan penawar bagi banyak penyakit lain, kata saintis.

Sejak sedekad lalu, semakin banyak kajian menyarankan kaitan antara gangguan mikrobiota usus dengan penyakit termasuk alahan dan barah.

“Mikrob berada pada pusat sistem. Bakteria dalam perut mengeluarkan hormon yang memberi kesan kepada otak.

“Ia juga membantu kami membuang yang jahat dan mencerna benda-benda tertentu,” kata Hamerlinck.

Penderma mesti sihat untuk mengambil bahagian dalam penyelidikan.

Mereka perlu mengisi borang soal selidik dan diperiksa dalam tempoh tiga bulan sebelum boleh layak menjadi penderma.

Orang ramai kerap tampil sebagai penderma apabila orang tersayang bergelut dengan penyakit usus, katanya. 

Sumber : Reuters/EM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita