Skip to main content

Gaya Hidup

Saintis di Oman terima paten lawan virus HIV dengan susu unta

Dua saintis dari Universiti Sultan Qaboos (SQU) menerima pengiktirafan paten bagi formula baru menghapus virus HIV, kata universiti tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Saintis di Oman terima paten lawan virus HIV dengan susu unta

Gambar hiasan beberapa ekor unta di Riyadh (Gambar: Fayez Nureldine/AFP)

Diterbitkan : 01 May 2019 10:15AM Dikemas Kini : 01 May 2019 10:47AM

MUSCAT: Dua saintis dari Universiti Sultan Qaboos (SQU) menerima pengiktirafan paten bagi formula baru menghapus virus HIV, kata universiti tersebut.

Doktor dari Britain, Sidgi Syed Anwar Abdo Hasson dan profesor dari Oman Ali Abdullah Hasan Al Jabri berkata mereka memfailkan permohonan paten bagi ciptaan tersebut pada 25 Ogos, 2017 dan hak paten diberikan oleh Pejabat Paten Amerika Syarikat pada 8 Apr 2019.

Kedua-duanya ialah saintis dari Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Kolej Perubatan dan Sains Kesihatan dengan SQU.

Mereka menerangkan ciptaan itu adalah hasil penyelidikan berterusan lebih 16 tahun melibatkan disiplin kajian perubatan-saintifik meluas yang turut dirintangi pelbagai cabaran dan kekecewaan.

Mereka juga menyiapkan dan menguji formula terapeutik HIV menggunakan unta betina sebagai haiwan ujikaji di makmal bagi sintesis komposisi untuk menghapuskan HIV.

Agensi Xinhua melaporkan kedua-dua saintis membuat sumbangan besar kepada masyarakat saintifik di seluruh dunia dengan menerbitkan hasil kajian dalam jurnal-jurnal terkemuka tentang HIV/AIDS.

Profesor Ali berkata formula terapeutik bagi menghapuskan virus AIDS dari tubuh pesakit merangkumi tiga elemen utama ditambah kepada susu unta yang mengandungi antibodi untuk melawan HIV.

Mengulas kemungkinan menghasilkannya untuk pasaran, beliau berkata terdapat kajian-kajian klinikal oleh syarikat-syarikat farmaseutikal untuk menguji keberkesanan rawatan itu sambil menambah "kami pasti 100 peratus ia berkesan dan ini sudah dibuktikan oleh para pakar dan jawatankuasa." 

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita