Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Saffrons buka cawangan di Johor Bahru

Ini sekali gus menjadikan Saffrons Corner di Taman Cahaya Kota Puteri, Masai di JB cawangannya yang kelima setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Saffrons buka cawangan di Johor Bahru

Cawangan Saffrons Corner di Masai, JB. (Gambar: Saffrons Corner/Facebook)

BERITAmediacorp: Kedai makanan Saffrons memang tidak asing lagi bagi penduduk Singapura, terutama sekali mereka di Tampines dan Opera Estate.

Dengan tiga cawangan di negara ini, kini jenama Saffrons ingin hidangan dengan sentuhan Singapura itu terus menebarkan sayapnya ke luar negara.

Malah dalam diam, Saffrons sudah membuka cawangan di Masai, Johor Bahru sekitar dua minggu lalu!

saffrons jb
(Gambar: Saffrons Corner/ Facebook)

Pengarah Pemasaran Saffrons, Encik Ridjal Noor memberitahu BERITAmediacorp: "Kami memang sudah lama ingin membuka cawangan di JB, memandangkan ramai rakan dan keluarga kami di JB meminati makanan Saffrons di Singapura. Tiba-tiba peluang hebat muncul.

"Kami berharap dengan perlahan-lahan kami dapat mencipta nama di Malaysia juga."

Saffrons sebenarnya sudah membuka cawangan keempatnya di Madurai City di India pada tahun 2019.

Ini sekali gus menjadikan Saffrons Corner di Taman Cahaya Kota Puteri, Masai di JB cawangannya yang kelima setakat ini.

saffrons briyani
(Gambar: Saffrons Corner/ Facebook)

Yang pasti, hidangan istimewa Saffrons seperti Nasi Beriani, Mi Goreng cara Singapura, Sup Tulang, Mi Kuah dan Murtabak masih terus dikekalkan selaras dengan jenama mereka.

MUSIM PANDEMIK BUKAN PENGHALANG

Meskipun dibuka dalam keadaan pandemik COVID-19, Encik Ridjal yakin peluang membuka cawangan itu, yang juga unit penjuru (corner unit), "muncul pada masa yang sangat baik tahun ini".

Sekitar S$200,000 turut dibelanjakan bagi cawangan tiga tingkat itu, dedah beliau.

"Cawangan di Johor itu adalah projek oleh saudara kami, Encik Hassan Kuthoos dan keluarganya.

"Mereka bertungkus-lumus mereka bentuk, mengubah elok dan menyiapkannya bagi hari pembukaan, meskipun ada banyak halangan disebabkan perintah kawalan pergerakan sepanjang 2021," kata Encik Ridjal.

saffrons jb
(Gambar: Saffrons Corner/ Facebook)

Malah beliau juga berkongsi usaha itu turut didorong ramai rakan dan keluarga yang rindu makanan dan beriani Saffrons.

Ini terutama sekali memandangkan mereka tidak dapat datang ke Singapura buat masa ini untuk menikmati hidangan tersebut.

saffrons jb

(Gambar: Ridjal Noor)

"Seorang rakan kami sudahpun menikmati makanan di kedai kami itu tiga kali sejak ia dibuka seminggu lalu.

"Seorang lagi rakan juga memandu dari KL ke JB semata-mata untuk makan beriani kami beberapa hari selepas minggu pembukaan," kongsi Encik Ridjal lagi.

RANCANGAN MASA DEPAN BAGI SAFFRONS CORNER JB

Meskipun baru sahaja dibuka, Encik Ridjal sudahpun mempunyai rancangan selanjutnya bagi cawangan di JB itu.

"Mungkin kami boleh menayangkan perlawanan bola sepak secara langsung, yang juga budaya 'lepak di mamak' yang kami gemar di Malaysia.

"Cawangan itu juga mempunyai tingkat dua yang kami rancang untuk menukarkan menjadi bilik acara bagi majlis kecil-kecilan seperti pertunangan atau ulang tahun.

"Jadi ini akan menjadi sesuatu yang istimewa, yang tidak ada di cawangan-cawangan di Singapura," ujar Encik Ridjal.

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa