Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

S'pura bandar ketiga paling kuat berdengkur di dunia: Tinjauan UK

Jika anda payah tidur malam di Singapura kerana anda berkongsi katil dengan individu yang kuat berdengkur, bukan anda seorang sahaja yang berdepan masalah itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda payah tidur malam di Singapura kerana anda berkongsi katil dengan individu yang kuat berdengkur, bukan anda seorang sahaja yang berdepan masalah itu.

Menurut satu tinjauan Britain, Singapura adalah bandar ketiga paling kuat berdengkur di dunia - jika hasil carian menerusi Google dapat dijadikan ukuran.

Dapatan tinjauan itu berdasarkan 50 carian mengenai topik dengkuran dan berapa kali istilah itu dicari di setiap lokasi dalam tempoh 12 bulan lalu.

Tinjauan tersebut yang dijalankan oleh syarikat peralatan tempat tidur, Sleepseeker, menghitung jumlah carian bagi setiap 1,000 penduduk di setiap bandar dan menetapkan ranking setiap lokasi sewajarnya.

Justeru, sejauh mana penduduk Singapura terdesak mendapatkan huraian bagi masalah dengkur? Sepanjang tahun lalu, penduduk seramai 5.8 juta di negara ini membuat 139,070 carian online tentang masalah dengkur atau pada kadar 24 carian bagi setiap 1,000 orang.

Bandar yang paling kuat berdengkur adalah ibu negeri Ireland iaitu Dublin. Di sana, penduduk seramai 1.2 juta itu membuat 45,510 carian berkaitan dengkuran iaitu pada kadar 37.9 carian bagi setiap 1,000 penduduk.

Para penduduk di ibu negeri Australia, Canberra turut berdepan masalah dengkur. Ia adalah bandar kedua yang paling kuat berdengkur di dunia dan mempunyai sekitar 447,000 penduduk. Di Canberra, para penduduk membuat 14,580 carian mengenai masalah dengkuran iaitu pada kadar 32.6 carian bagi setiap 1,000 penduduk.

Bandar-bandar lain yang turut tersenarai adalah Wellington, London, Ottawa, Kingston, Cape Town dan Washington DC.

INGIN CUBA SENAMAN TAICHI UNTUK LIDAH?

Seperti otot-otot pada tubuh anda, otot-otot yang mengawal lidah dan bahagian belakang tekak anda juga boleh diperkukuhkan, kata Dr Ruebini Anandarajan, ketua khidmat pergigian di Poliklinik SingHealth.

Terdapat beberapa senaman pernafasan laluan udara yang boleh anda lakukan, meskipun beliau menasihatkan bahawa lebih baik jika dilakukan di bawah pemantauan seorang pakar tidur.

Berikut adalah beberapa senaman mudah yang boleh anda cuba sekurang-kurangnya sekali sehari, kata Dr Anandarajan:

1. Senaman 'Tongue Curls'

Buka mulut seluas mungkin dan panjangkan lidah sejauh mungkin hingga mencapai dagu anda. Biarkan dalam posisi itu selama sekurang-kurangnya lima saat. Ulanginya sebanyak lima kali.

2. Senaman 'Tongue Press'

Tekap lidah anda pada bahagian lelangit. Terus tekap sambil buka mulut anda seluas mungkin. Ulang sehingga lima kali.

3. Senaman 'Tongue Taichi'

Gunakan lidah anda untuk cucuk bahagian kiri dan kanan pipi secara bergilir-gilir. Anda boleh tingkatkan daya ketahanan dengan menekan pipi anda dari bahagian luar sambil menggunakan lidah untuk mencucuk pipi dari bahagian dalam mulut. Tahan selama lima saat. Ulangi sebanyak lima kali bagi setiap bahagian.

4. Senaman 'Swallow Saliva'

Letakkan lidah antara bibir lalu telan air liur anda. Ulangi sebanyak lima kali.

5. Senaman 'Mouth Blowing'

Tarik nafas menerusi hidung dan hembus menerusi mulut sambil mengetapkan bibir anda seperti sedang meniup belon. Tiup selama lima saat. Ulangi sebanyak 10 kali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan