Skip to main content

Gaya Hidup

Rumah kecil Tiny Away Escape Pulau Sekijang Pelepah bakal gulung tikar; tempahan hingga Jan 2027

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rumah-rumah kecil di Tiny Away Escape di Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) akan menamatkan operasinya selepas tempahan berakhir pada 31 Januari 2027, menurut catatan media sosial oleh syarikat itu.

“Sedang babak ini berakhir, masih ada masa untuk beberapa lagi perjalanan feri dan pagi yang tenang di pulau ini,” menurut catatan tersebut.

Sebab bagi penutupan itu tidak dinyatakan.

Apabila lima kabin itu mula dilancarkan pada Mei 2023, ia dipromosikan sebagai penginapan untuk bermalam yang pertama di Singapura di Pulau Sekijang Pelepah, iaitu sebuah pulau selatan yang sebahagian besarnya belum dibangunkan dan terkenal dengan pantainya.

Projek itu sebahagian daripada rancangan Perbadanan Pembangunan Sentosa untuk membangunkan Kepulauan Selatan sebagai destinasi ekopelancongan.

Dikendalikan oleh syarikat pemula ekopelancongan tempatan Big Tiny, kabin mesra haiwan peliharaan itu direka padat tetapi berfungsi sepenuhnya.

Setiap unit berkeluasan kira-kira 150 hingga 170 kaki persegi - sekitar separuh saiz bilik hotel standard.

Kadar harga di laman webnya bermula daripada S$284 bagi satu malam.

Walaupun bersaiz kecil, unit-unit tersebut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti sistem hawa dingin, dapur kecil dan bilik mandi di dalam, di samping ciri mesra alam seperti tenaga berkuasa solar dan bahan binaan mampan.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita