Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rumah hantu 'The Sacred Riana' bukan untuk mereka yang lemah semangat

Rumah hantu 'The Sacred Riana' di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Malaysia merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Rumah hantu 'The Sacred Riana' bukan untuk mereka yang lemah semangat

Rumah hantu 'The Sacred Riana' di taman tema MAPS di Ipoh adalah yang pertama seumpamanya di dunia. (Gambar: The Sacred Riana/Instagram)

Diterbitkan : 22 Dec 2018 11:49AM Dikemas Kini : 22 Dec 2018 02:38PM

IPOH: Rumah hantu 'The Sacred Riana' di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Malaysia merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Tarikan baru di MAPS itu menampilkan watak-watak hantu yang diketengahkan pemenang Asia Got Talent 2017, Marie Antoinette Riana Graharani, seorang artis silap mata dari Indonesia yang juga lebih dikenali sebagai The Sacred Riana.

Pengasas Trilogy Magic Factory Oge Arthemus, yang menguruskan Riana, berkata para pengunjung pasti memperolehi pelbagai pengalaman jika memasuki rumah hantu tersebut.

"Setakat ini, respons pengunjung mereka cukup ketakutan, ada yang menangis, ada yang terkencing, ada yang merangkak keluar ketakutan dan ada yang hampir pengsan. Kata mereka walaupun takut, masih mahu cuba lagi," katanya kepada para wartawan semasa lawatan media sempena pengumuman daya tarikan terbaru di MAPS.

Mula dibuka pada 13 Disember lalu, tiket masuk ke rumah hantu itu adalah RM15 (S$4.90) seorang, tidak termasuk dengan harga tiket memasuki MAPS iaitu RM80 (S$26.30).

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MAPS, Mohd Farid Abdul Aziz, berkata rumah hantu tersebut akan menjadi daya tarikan tetap di taman tema tersebut.

"Pengunjung digalakkan untuk mencuba Rumah Hantu The Sacred Riana dan pastinya akan terhibur," katanya.

Taman tema animasi itu dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari-hari biasa dan dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada cuti hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan