Rumah banyak semut? Ini cara hilangkannya

(Gambar: Tangkapan skrin video @jason_jezi/TikTok)
KUALA LUMPUR: Antara banyak-banyak serangga di rumah, semut paling susah untuk dimatikan. Di mana ada makanan, di situ pasti mereka ada.
Bukan apa, semut ini kalau ada, bukannya seekor. Mereka datang satu kampung! Orang rumah yang bersemangat hendak membuat kerja, terbantut jadinya.
Namun, anda sebenarnya boleh menghalau semut dengan hanya menggunakan dua bahan mudah ini sahaja.
Menurut pengguna Tiktok, Jason Jezi, cara terbaik untuk menghalau semut adalah dengan menggunakan cuka dan serbuk sabun.
Ikutilah langkah-langkah Jason yang dikongsi di portal Keluarga untuk hilangkan semut!
1. Campur satu sudu serbuk sabun dengan satu sudu cuka
2. Masukkan dalam botol penyembur
3. Sembur di laluan yang biasa semut lalu
Belum cuba belum tahu betul? Harap langkah-langkah ini dapat membantu ibu-ibu yang mencari penyelesaian untuk menghalau semut di rumah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.