Roti canai janda kian laris
Pernahkah anda terdengar 'roti canai janda'? Roti canai dengan gelaran itu yang diperkenalkan oleh seorang ibu tunggal, Rosmaria Rosdi, tular dalam kalangan penduduk Kelantan baru-baru ini.

Rosmaria Rosdi menjual roti canai kosong pada harga RM1 saja. (Gambar: Petikan skrin dari Youtube)
PASIR MAS: Pernahkah anda terdengar 'roti canai janda'? Roti canai dengan gelaran itu yang diperkenalkan oleh seorang ibu tunggal, Rosmaria Rosdi, tular dalam kalangan penduduk Kelantan baru-baru ini.
Cik Rosmaria berkata, gelaran itu memberikan rezeki terpijak buatnya apabila gerai yang terletak berhampiran PKT Tendong dibanjiri pelanggan.
Sinar Harian menukil beliau sebagai berkata: “Saya tidak kisah dengan pandangan masyarakat tentang gelaran roti canai janda kerana hasrat saya ialah mahu mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak masih lagi kecil."
Sinar Harian difahamkan bahawa idea untuk menggunakan nama roti canai janda itu dicadangkan oleh rakannya, Zarilah Mat Zin kerana gelaran itu bertepatan dengan statusnya sebagai ibu tunggal kepada tiga cahaya mata.
“Saya hanya menjual RM1 (S$0.30) sekeping untuk roti canai kosong yang dihidangkan bersama kuah kacang dal atau kari. Selain itu, saya juga jual roti canai telur, bawang dan pelbagai lagi berasaskan roti canai,” kata beliau.
Rosmaria berkata, beliau mula berniaga roti canai sejak tahun 2000 dengan mempelajari selok-belok pembuatan dan menebar daripada bapanya.
Perniagaan roti canai sudah menjadi darah dagingnya bagi menyara keluarga dan membesarkan tiga anaknya, menurut laporan Sinar Harian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.